PeribahasaBangsa teling tipis.TakrifOrang yang lekas marah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBangsa bermuka papan.TakrifTidak bermalu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBahasa dan bangsa itu tidak dijual beli.TakrifBaik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebab bahasa menunjukkan bangsa.TakrifBudi bahasa yang halus menunjukkan bangsa yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang bahasa lenyap bangsa.TakrifApabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBahasa menunjukkan bangsa.TakrifBaik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai durian, pangsa menunjukkan bangsa.TakrifDaripada kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal usulnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Daun mengenalkan pohonnya, b. Sebab buah dikenal pohonnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang.TakrifOrang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenyeberangi jambatan emas.TakrifBerjuang untuk mencapai kebahagiaan bagi nusa dan bangsa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTunggang hilang berani mati.TakrifTiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |