PeribahasaBalik belakang lain bicara.TakrifMungkir janji.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenyuruk (menyorok) di balik lumbung.TakrifMenyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengendap di balik lalang sehelai, b. Menyuruk (menyorok) di balik lalang sehelai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengendap di balik lalang sehelai.TakrifMenyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menyuruk [menyorok] di balik lalang sehelai, b. Menyuruk [menyorok] di balik lumbung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerbalik-balik bagai kuda tercirit.TakrifPerkara yang sudah diputuskan, kemudian ditimbulkan kembali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDibalik-balik bagai memanggang.TakrifDifikirkan masak-masak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembalik-balik mayat di kubur.TakrifMenyebut-nyebut nama orang yang telah meninggal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembalik-balik kaji.TakrifMembangkit-bangkit perkara yang telah lama.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerpindah ke balik papan.TakrifMeninggal dunia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerlindung di balik telunjuk.TakrifRahsia yang tak dapat disembunyikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerbukit di balik pendakian.TakrifKesusahan yang silih berganti.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |