Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Balik belakang lain bicara.

Takrif

Mungkir janji.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menyuruk (menyorok) di balik lumbung.

Takrif

Menyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengendap di balik lalang sehelai, b. Menyuruk (menyorok) di balik lalang sehelai).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengendap di balik lalang sehelai.

Takrif

Menyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menyuruk [menyorok] di balik lalang sehelai, b. Menyuruk [menyorok] di balik lumbung).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berbalik-balik bagai kuda tercirit.

Takrif

Perkara yang sudah diputuskan, kemudian ditimbulkan kembali.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dibalik-balik bagai memanggang.

Takrif

Difikirkan masak-masak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Membalik-balik mayat di kubur.

Takrif

Menyebut-nyebut nama orang yang telah meninggal.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Membalik-balik kaji.

Takrif

Membangkit-bangkit perkara yang telah lama.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berpindah ke balik papan.

Takrif

Meninggal dunia.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berlindung di balik telunjuk.

Takrif

Rahsia yang tak dapat disembunyikan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berbukit di balik pendakian.

Takrif

Kesusahan yang silih berganti.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balik

Puisi
 

Petang hari tanam keladi,
     Daun keladi balik-balik;
Hamba pergi bawa diri,
     Tinggallah duduk berbaik-baik.



Lihat selanjutnya...