PeribahasaSeperti dedalu api hinggap ke pohon kayu: hinggap ke batang, batangnya mati; hinggap ke ranting, rantingnya patah.TakrifOrang yang jahat (khianat) apabila berhimpun dengan orang baik-baik, nescaya binasalah orang baik-baik itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak hilang cahaya manikam, oleh jatuh ke limbahan sekalipun.TakrifOrang yang baik-baik itu biar miskin sekalipun, akan kelihatan juga perangai dan kelakuannya yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTaruh beras dalam padi.TakrifRahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada beras, taruh dalam padi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaEmas berpeti, kerbau berkandang.TakrifHarta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau berkandung, emas berpura).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerbau kandang, emas berpura.TakrifHarta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Emas berpeti, kerbau berkandang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMusang berbulu ayam.TakrifOrang jahat menyamar sebagai orang baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Serigala berbulu domba).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSerigala berbulu domba.TakrifOrang jahat menyamar sebagai orang baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Musang berbulu ayam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda beras, taruh dalam padi.TakrifRahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Taruh beras dalam padi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDiperluas parak, tidak disiangi.TakrifKalau mata pencarian sudah bertambah, hendaklah dijaga dengan baik-baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi mana kayu bengkok, di sanalah musang meniti.TakrifTempat yang tidak dijaga baik-baik, di situlah pencuri datang; siapa lengah akan mendapat bencana; orang yang bodoh mudah kena tipu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |