PeribahasaHidup dikandung adat, mati dikandung tanah.TakrifSelama masih hidup, mestilah menurut aturan-aturan yang berlaku, sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCupak tegak yang diisi.TakrifAturan yang masih tetap berlakulah yang diturut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJalan raya titian batu.TakrifAdat (= aturan) yang belum berubah-ubah. titian = jambatan kecil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerjalan dari pintu belakang.TakrifTidak jujur, tidak menurut aturan yang sah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum tegak hendak berlari.TakrifMelakukan sesuatu tidak menurut aturan yang biasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah makan bismillah.TakrifMelakukan pekerjaan dengan tidak menurut aturan. bismillah = mulai dengan nama Allah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggi duduk daripada tegak.TakrifSesuatu yang tiada menurut aturan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemahat di dalam baris, berkata dalam pusaka.TakrifMengerjakan sesuatu menurut aturan yang semestinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda tangga hendak memanjat tiang.TakrifBerbuat sesuatu dengan tidak menurut aturan. (Bandingkan dengan: a. Ada biduk, serempu pula, b. Ada sampan hendak berenang, c. Ada sirih hendak makan sepah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertanjak baru bertinjau.TakrifMenurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berjanjang naik, bertangga turun, b. Bertangga naik, berjanjang turun).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |