PeribahasaLaksana apung dipermainkan gelombang.TakrifHidup melarat di negeri asing.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng.TakrifKaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana apung di tengah laut; dipukul ombak jatuh ke tepi.TakrifHidup melarat di negeri asing. (Peribahasa lain yang sama makna: Laksana apung dipermainkan gelombang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang.TakrifJika pergi merantau ke negeri asing hendaklah mencari sesuatu yang berguna (harta, ilmu pengetahuan dan sebagainya), jangan membuang-buang waktu dengan percuma.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTeras terunjam, gubal melayang.TakrifPenduduk peribumi akan tetap tinggal di negerinya, sedangkan orang-orang asing akan meninggalkannya; orang yang baik budi bahasanya akan dimuliakan walaupun tidak berharta. gubal = kayu yang lunak, antara kulit dengan teras.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking.TakrifKaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpama burung, tumpang beramai dengan kawan yang banyak.TakrifOrang dagang yang mencari hiburan di negeri asing.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSedepa tanduk yang datang sejengkal tanduk yang menanti; payah juga yang datang.TakrifKesukaran berdagang ke negeri asing.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJalan diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas.TakrifAdat istiadat dalam suatu negeri telah diubah oleh orang asing yang tinggal di dalam negeri itu. diasak = dipindahkan; orang lalu = peladang; pepat = rata, dipangkas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAyam beroga itu, kalau diberi makan di pinggan emas sekalipun ke hutan juga perginya.TakrifBagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga kita akan negeri sendiri. ayam beroga = ayam hutan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |