PeribahasaAngkuh terbawa, tampan tertinggal.TakrifBaik rupanya, tetapi buruk sikapnya. (Ejekan kepada orang yang suka bersolek).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaButa baru celik (= melihat).TakrifAngkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bungkuk [bongkok] baru betul).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBungkuk (bongkok) baru betul.TakrifAngkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Buta baru celik [= melihat]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLonjak sebagai labu dibenam.TakrifSombong, angkuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebelum hujan petir berpalu, kilat bersabungan.TakrifMenceritakan dengan angkuh tentang sesuatu pekerjaan yang belum dikerjakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLicin kerana minyak berminta, elok kerana kain berselang.TakrifGagah atau angkuh kerana harta orang lain. selang = pinjam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAgung susut, pongah masih.TakrifKebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga. agung = besar; pongah = angkuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDipegang lengan sudah bak lengan, dipegang betis sudah bak betis.TakrifOrang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan.TakrifOrang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. dikacak = dipegang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMelonjak ikan melonjak gerandang, orang melonjak dengan radai, awak melonjak dengan perut besar.TakrifOrang kecil yang hendak menyamai orang besar-besar, akhirnya perbuatannya itu menjadi tertawaan orang ramai; peri sifat orang yang angkuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |