PeribahasaAnak kambing takkan menjadi anak harimau.TakrifOrang yang pengecut tetap pengecut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak harimau takkan menjadi anak kambing).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnak harimau takkan menjadi anak kambing.TakrifOrang yang berani takkan penakut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnak anjing takkan menjadi anak musang jebat.TakrifOrang yang tidak berilmu tidaklah mungkin mendapat kedudukan baik. (Bandingkan dengan: a. Anak harimau takkan menjadi anak kambing, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerketuk ayam dalam telur.TakrifAnak-anak atau orang bodoh yang turut merundingkan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana layang-layang salah teraju.TakrifAnak-anak muda yang menurut jalan yang salah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMelentur biarlah waktu rebung.TakrifMengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dan tidak dapat diajar lagi. (Bandingkan dengan: Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari). (Lihat juga: Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeumpama telur sesarang, dierami induknya.TakrifAnak-anak yang mendapat jagaan yang sempurna daripada orang tuanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUpah bidan pun tak terbayar.TakrifAnak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai ikan lampam di ulak jamban.TakrifAnak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti birah tumbuh di tepi lesung.TakrifAnak-anak yang lekas subur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |