PeribahasaPatah lidah alamat ('kan) kalah, patah keris alamat ('kan) mati.TakrifApabila alat-alat sudah tidak ada lagi maka alamat tidak selesailah pekerjaan itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak menggaruk tidak berkuku.TakrifHendak berusaha tetapi alat syaratnya tiada ada. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum bergigi hendak mengunyah.TakrifHendak melakukan sesuatu tetapi alat syaratnya belum ada.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kucing menjemput api.TakrifYang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kapak naik cerana.TakrifTidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kapak naik pemidangan [= peminangan]). cerana = tempat sirih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau pandai menggulai, badar pun menjadi tenggiri.TakrifSekalipun kurang alat perkakasnya, tetapi kalau orang pandai maka dapat juga ia mengerjakan sesuatu itu dengan sebaik-baiknya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengais hendaklah berkuku.TakrifMencari penghidupan hendaklah berpengetahuan (modal atau alat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenepung tiada berberas.TakrifBanyak cakap, tiada buktinya, berbuat sesuatu tanpa alat syaratnya. (Bandingkan dengan: Seperti hendak menepung tiada berberas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kapak naik pemidangan (= peminangan).TakrifTidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kapak naik cerana). pemidangan (peminangan) = tempat sirih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSampan ada pengayuh tidak.TakrifHendak melakukan sesuatu, tetapi tidak lengkap alat syaratnya. (Bandingkan dengan: Hendak hinggap tiada berkaki).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |