PeribahasaAku nampak olah (= olak), kelibatmu sudah kutahu.TakrifKerana tingkah laku, maksudnya ketahuan. olah = tingkah laku; kelibat = tabiat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAku alah engkaulah menang.TakrifTidak mahu mengaku kalah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang.TakrifKasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBangau, bangau, minta aku leher; badak, badak minta aku daging.TakrifIri hati kerana melihat kelebihan seseorang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAku alah, engkau tak menang.TakrifOrang bodoh yang tak mahu mengakui kekalahannya. (Bandingkan dengan: Aku alah engkaulah menang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaEngkau belum mencapai pengayuh, aku telah sampai seberang.TakrifTujuan telah lebih dulu diketahui hanya dengan melihat tingkah laku atau bicaranya saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHang tak kurang sanggul, aku tak kurang tengkolok.TakrifHilang satu ada lagi ganti yang lain (tentang lelaki dan perempuan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOrang karam di laut, aku karam di darat.TakrifMendapat kesusahan tidak pada tempatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerkilat ikan dalam air, (aku) sudah tahu jantan betina.TakrifSangat pandai dan awas dalam menangkap perkataan orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengata dulang paku (= bawak) serpih, mengata orang aku (= awak) yang lebih.TakrifMencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi. bawak = kulit kerbau atau lembu yang sudah kering.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |