PeribahasaTak akan aib kucing biang.TakrifOrang yang sedang berahi akan perempuan hilang segan dan malunya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencabik baju di dada.TakrifMenceritakan aib kaum keluarga sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenjemur bangkai ke atas bukit.TakrifMemperlihatkan aib dan cela diri dan kaum keluarga sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada terbuangkan tahi mata dengan empu kaki.TakrifAib sanak saudara kita tentu kita ikut memikulnya, takkan dapat dipikul oleh orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk, yang tinggal hanyir.TakrifPerkara yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembasuh najis dengan mala.TakrifMembuang keaiban (malu dan sebagainya) dengan perbuatan yang lebih aib lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |