Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Wajah lelaki itu sungguh bimbang? Adakah penggunaan kata adjektif "bimbang" sesuai? jika tidak, apakah yang sepatutnya? | Kata adjektif yang digunakan betul. | Tatabahasa | 20.11.2012 |
Kepada atau pada: a) Joanne melekat kembali kepada Aisha sambil menunjukkan riak wajah takut. b) Joanne melekat kembali pada Aisha sambil menunjukkan riak wajah takut. | Joanne melekat kembali pada Aisha sambil menunjukkan riak wajah takut. | Tatabahasa | 19.09.2011 |
Saya pernah mempopularkan ungkapan Buku Wajah sebagai ganti ungkapan Muka Buku yang dipopularkan sebelum itu. Ada rakan kurang menyenangi usaha saya. Saya pun menggunakan ungkapan Facebook dan FB semula. Namun saya dapati Dr. Awang ...Sariyan dan beberapa orang rakan terus menggunakan ungkapan Buku Wajah. Sesudah beberapa kali saya mendengar penjelasan Dr. Awang bahawa orang Inggeris menukar/menyesuaikan nama Arab dengan lidah Inggeris apabila menterjemahkan bahan daripada bahasa Arab ke bahasa Inggeris, saya berasa perlu untuk menjadi pengikut Dr. Awang. Apakah komen Tuan Dewan Bahasa? | Bagi saya, kedua-duanya boleh sahaja digunakan kerana merujuk benda yang sama, iaitu Facebook, dan Buku Wajah sebagai ganti namanya. - Zaidi | Istilah | 09.05.2012 |
Ibu Saiman membeli seikat sayur-sayuran dari pasar. ( betul / salah ) Ibu Saiman membeli sebakul sayur-sayuran dari pasar.( betul / salah ) Wajah ibu sungguh ceria selepas mendengar berita kejayaan saya dalam peperiksaan UPSR.( betul / salah ) Wajah ibu sungguh gembira selepas mendengar berita kejayaan saya dalam peperiksaan UPSR.( betul / salah ) Keluarga saya makan angin di Planetarium Negara pada minggu lepas. ( betul / salah ) | Ayat tersebut betul. Walau bagaimanapun, seikat lebih tepat kerana ia boleh digunakan untuk merujuk kuantiti yang sedikit. Dalam ayat kedua, dalam konteks wajah, ceria dan gembira boleh digunakan. Ayat ketiga juga betul, namun dalam konteks ini, lebih tepat menggunakan perkataan melawat kerana peribahasa makan angin digunakan untuk suasana yang santai. | Tatabahasa | 02.09.2010 |
Sebaik-baik mencelikkan matanya, terlihat oleh Yus ( pada , akan) wajah adik-adiknya yang tiga orang itu. Jawaban munsyi ialah akan, tetapi saya masih tidak faham mengapakah bukan pada yang digunakan? terlihat pada wajah?? sebenarnya jawaban daripada buku rujukan ialah akan, iaitu sama pendapar dengan munsyi. | Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu, seperti yang berikut: a. menunjukkan keterangan waktu apabila mendahului kata nama yang menyatakan waktu atau masa. b. kata sendi nama "pada" apabila didahului "ada" mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan. c. sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Oleh sebab dalam ayat yang diberikan tidak menunjukkan ketiga-tiga situasi yang diberikan di atas, jawapan yang betul ialah "akan". | Tatabahasa | 12.02.2012 |
Selamat petang! Sila bantuan membetulkan perkataan bawah ini. Terima Kasih! 1). Pembentukan semula wajah (english: Face Reshaping) 2). Lingkaran gelap di bawah mata (english: Eye Bag) | Frasa Pembentukan semula wajah dan Lingkaran gelap di bawah mata. | Pembinaan Bakat | 16.07.2012 |
selamat pagi, 1. wajah pesakit kamser itu_________ a. pucat b. cekang 2.Adakah kedua - ayat ini betul a. Jangan tandus dengan kehendak yang tidak wajar b. Pendebat itu telah tandus idea bagi mematahkan hujah lawan. 3. Penjaga gol berjaya___________bola itu a. Menepis B. menangkis | 1. Wajah pesakit kanser itu pucat. 2. Tandus ialah 1. tidak ditumbuhi apa-apa: padang ~ padang yang tidak ditumbuhi apa-apa. 2. telah habis langsung (berkenaan idea, modal, bakat). a. Jangan tandus dengan kehendak yang tidak wajar. Penggunaan perkataan tandus tidak sesuai dalam ayat di atas. b. Pendebat itu telah ketandusan idea bagi mematahkan hujah lawan. 3. Penjaga gol berjaya menangkis bola itu.
| Tatabahasa | 13.03.2013 |
1. Wajah Puan Raziah (gemerlapan/ceria/gembira/suram) apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang (nyaring/lantang/gagap/merdu). 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pucat/pudar/kelam) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh (elok/cantik/ayu/kaku). | 1. Wajah Puan Raziah ceria apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang lantang. 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pudar) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh elok. | Tatabahasa | 30.07.2008 |
Apakah jawapan yang sesuai? Saya terpikat............kejelitaan wajah pelakon muda itu. pada,akan,oleh,dengan,kepada | Untuk makluman sdr Ahmad perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertandingan teka silang kata atau apa-apa pertandingan, tugasan pelajar, dan sebagainya. Bagi menjawab soalan sdr ini, kesemua jawapan yang diberikan seperti akan, pada, kepada, oleh, dengan merupakan kata sendi nama yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza mengikut konteks ayat (rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga tentang penggunaan kata sendi nama hlm 272 hingga 285). Oleh yang demikian, jawapan yang betul ialah akan. Hal ini kerana, kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Kata adjektif kecantikan atau kejelitaan dapat menimbulkan sifat suka atau asyik apabila seseorang itu melihat wajah pelakon tersebut. | Tatabahasa | 23.02.2009 |
Sebaik-baik mencelikkan matanya, terlihat oleh Yus ( pada , akan) wajah adik-adiknya yang tiga orang itu. munsyi, apakah jawaban yang lebih sesuai digunakan? TQ | jawapan yang tepat ialah akan. | Tatabahasa | 07.02.2012 |