Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah maksudnya 'pecah amanah'?kenapa ia terjadi kepada sesuatu individu?kenapa pecah amanah ini terjadi?apakah kesan pecah amanah kepada negara?soalan ini ditanya bagi pihak adik saya yang menuntut di poloteknik merlimau.terima kasih atas pertolongan dari pihak tuan.saya amat merhargainya. | Maksud pecah amanah ialah kegagalan seseorang individu memenuhi tanggungjawab menjaga, mengendalikan dan mengawal amanah yang diserahkan kepadanya. Sila rujuk Istilah Niaga dan Undang-undang untuk keterangan lanjut. Soalan lain tidak berkaitan dengan KNB. Terima kasih. | Makna | 24.08.2007 |
Terjemahan English-BM mana yang lebih sesuai. English:What will happen to the plant if you give it too much water?BM1:Apakah yang akan terjadi kepada tumbuhan jika kamu memberi terlalu banyak air? BM2:Apakah akan terjadi jika kamu memberi air yang terlalu banyak kepada tumbuhan? | Salam sejahtera, Jawapan 1 (BM1) lebih sesuai kerana menepati maksud ayat dalam bahasa Inggeris. Jawapan BM2 pula menepati ayat " What will happen if you give too much water to the plant". Untuk lebih tepat lagi kata kerja "give" boleh diberi padanan dalam BM "siram" atau "menyiram" bergantung kepada konteks ayat tersebut. Contohnya, "Apakah yang akan terjadi kepada tumbuhan jika kamu menyiram terlalu banyak air?" Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP. | Lain-lain | 24.03.2010 |
1) kejadian itu adalah merupakan sesuatu yang biasa terjadi 2)mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi | Sila jelaskan soalan saudara yang ke-2. Walau bagaimanapun, yang betul bagi soalan pertama ialah: Kejadian itu merupakan sesuatu yang biasa terjadi. | Tatabahasa | 17.11.2011 |
salam, frasa manakah yang lebih tepat "hal ini" dengan "hal ini demikian"? | Frasa yang tepat ialah "hal ini" atau yang lebih lengkap ialah "hal ini terjadi demikian kerana", iaitu hal ini sebagai subjek (Frasa Nama) + terjadi (Kata Kerja) + demikian (Adverba) kerana Adverba mesti didahului Kata Kerja atau Kata Sendi Nama. | Tatabahasa | 09.03.2012 |
Apakah yang dimaksudkan dengan dialek dan bagaimana ia terjadi? | Dialek ialah jenis bahasa yang digunakan dalam percakapan di sesuatu daerah atau bahagian negeri yang mempunyai pelat sebutan yang khas bagi daerah itu, yang berbeza pula daripada sebutan-sebutan umum yang digunakan di negara ini. Contohnya dialek Kelantan; dialek Kedah;dialek Negeri Sembilan dan sebagainya. Dialek ini terjadi kerana faktor geografi ataupun daerah.Apabila penutur terpisah oleh sekatan-sekatan geografi seperti gunung-ganang, hutan rimba, dan sungai-sungai, maka setiap kumpulan mempunyai sejarah perkembangannya yang tersendiri, termasuk perkembangan aspek bahasa.Dalam jangka masa panjang, ciri-ciri iperbezaan menjadi semakin nyata dan ini dikekalkan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 35. Terima kasih. | Lain-lain | 14.01.2009 |
salam...apa telah terjadi dengan peraduan HADIAH KARYA ILMIAH DBP 2009? Sampai sekarang saya masih menunggu..bagaimana dengan manuskrip yang saya hantar?terima kasih. | Untuk makluman tuan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Hadiah Karya Ilmia 2009 telah disempurnakan pada 24 November 2011 di Dewan Dato' Hassan Ahmad, Menara DBP. Pemenang utama pertandingan ialah Puan Dr. Puteri Roslina binti Megat Abdul Wahid dan Encik Muhammad Fitri bin Sutriee. | Lain-lain | 06.12.2012 |
COME RAIN OR SHINE | WALAU APA PUN YANG TERJADI | Makna | 10.03.2011 |
salam sejahtera. saya ingin bertanya adakah ayat ini betul atau sebaliknya. Pencemaran sungai terjadi disebabkan oleh berbagai-bagai faktor. Terima kasih | Ayat yang betul ialah, "Pencemaran sungai disebabkan oleh berbagai-bagai faktor" | Tatabahasa | 24.06.2008 |
apakah maksud puak, berpuak? apakah yang menyatukan puak-puak di malaysia? bagaimana puak-puak terjadi? berapakah bilangan puak di dalam masyarakat kita contohnya cina, india dan melayu? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud puak ialah kelompok (orang dll), golongan, kumpulan, pasukan. Berpuak-puak pula ialah bergolongan, berkawan-kawan, berkelompok-kelompok. Soalan lain tidak berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan. Harap maklum. | Makna | 20.11.2007 |
Mengikut penerangan Tatabahasa Dewan imbuhan awalan ,, ter,, boleh bentuk kata kerja transitif . Persoalannya ialah seandainya ini terjadi ,maka kata kerja itu boleh dipasifkan. justeru ayat seperti ini ( Adik termakan lauk yang pedas itu ) boleh dipasifkan seperti berikut :( lauk yang pedas itu dimakan oleh adik ) atau ( lauk yang pedas itu termakan oleh adik) KERANA ANTARA TANDA UNTUK MENGENAL KATA KERJA TANSITIF IALAH AYAT ITU BOLEH DIPASIFKAN! ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, SOALAN SAYA IALAH , betulkah pemahaman saya seperti ini??????????????? TOLONG BERIKAN PENJELASAN YANG PANJANG DAN DENGAN CONTOH ! | Saudara Wan, Bentuk pasif ayat ' Adik termakan lauk yang pedas itu' ialah ' Lauk yang pedas itu termakan oleh adik'. Imbuhan 'ter' pada perkataan makan bermaksud mampu /berupaya makan. Perkataan lauk ialah objek bagi kata kerja termakan. | Tatabahasa | 21.06.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| jadi (kata kerja) | Bersinonim dengan berhasil, berjaya;, | | Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian, |
|
Puisi |
---|
|
Burung lekung berbunyi malam, Bunyi di atas bumbung penghulu; Allah belum menjadikan alam, Suratan kita dah terjadi dahulu.
Lihat selanjutnya... |
|