Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Ingin dapat bantuan DBP dalam penggunaan "tempoh". Manakah satu yang betul? "tempoh dari 29/08/2013 hingga 05/09/2013" atau "dari tempoh 29/08/2013 hingga 05/09/2013" | Frasa yang gramatis ialah ... tempoh dari 29/8/2013 hingga 05/09/2013. | Tatabahasa | 13.09.2013 |
a) Dalam tempoh kurang dari 50 tahun. b) Dalam tempoh kurang daripada 50 tahun. Yang mana lebih tepat? | Frasa yang gramatis ialah "dalam tempoh kurang daripada 50 tahun". | Tatabahasa | 09.09.2011 |
adakah ayat ini betul? "Tempoh masa diberi untuk penggubalan soalan peperiksaan mencukupi." | Puan Norasyikin, ayat yang betul ialah sama ada gunakan tempoh atau masa sahaja. "Tempoh yang diberi untuk penggubalan soalan peperiksaan adalah mencukupi." " Masa yang diberi untuk penggubalan soalan peperiksaan adalah mencukupi." | Makna | 24.02.2010 |
saya ingin pastikan tajuk surat yang paling tepat samada menggunakan " Perlanjutan tempoh sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga emas bagi tempoh 1 Mac 2013 - 28 Feb 2015" atau " Pencalonan semula sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga emas 1 Mac 2013 - 28 Feb 2015" | Frasa yang tepat ialah Pelanjutan Tempoh Sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas bagi Tempoh 1 Mac 2013- 23 Februari 2015. | Tatabahasa | 08.01.2013 |
berapa lamakah tempoh hakcipta untuk sesuatu karya atau tulisan bagi setiap pengarang. | Untuk makluman saudara, hak cipta di Malaysia tidak perlu didaftarkan. Hak cipta lahir sebaik sahaja karya dilahirkan. Manuskrip lengkap atau tidak lengkjap tetap dilindungi oleh hak cipta. Secara amalannya hak cipta pertama dipegang oleh penulis sendiri. Ini disebut dalam Akta Hak Cipta Seksyen 26 (1), Hak cipta hendaklah terletak hak mula-mulanya pada penciptanya. Hak cipta kekal kepada penulis sehingga hak ini dipindah atau dilesenkan kepada pihak lain melalui Perjanjian bertulis. | Lain-lain | 05.03.2009 |
adakah tempohari harus menjadi tempoh hari manakala kaitangan dijarakkan, begitu juga dengan juruteknik dan juruaudio, harus dijarakkankah? | jawapannya, tempoh hari, kakitangan, juruteknik dan juruaudio | Tatabahasa | 19.11.2007 |
berapa lama tempoh yang diperlukan untuk mendapat kelulusan bagi pengesahan bahasa yang dibuat secara talian(on-line)? | Untuk Khidmat Pengesahan Bahasa, tempoh semakan dan kelulusan dibuat ialah sehari masa bekerja. | Lain-lain | 04.09.2013 |
Yang mana betul/tepat, ' Tuan yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah memenuhi tempoh percubaan' atau ' Tuan yang dilantik layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah memenuhi tempoh percubaan...' | Tuan yang dilantik layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah memenuhi tempoh percubaan ... | Tatabahasa | 25.02.2011 |
penggunaan kata sendi nama 'di' di dalam tempoh percubaan di dalam borang di dalam surat betul atau salah | Ayat yang betul ialah dalam tempoh percubaan, dalam borang, dalam surat. | Lain-lain | 03.09.2010 |
Salam, saya ingin tahu, apakah tempoh waktu yang sesuai bagi 7.00 pm?sama ada petang atau malam? 1.00 pm pula dipanggil 1.00 tengah hari atau 1.00 petang?Bolehkah tuan/puan jelaskan tempoh had masa yang sebetul-betulnya kepada saya? Sekian, terima kasih. | Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 12.00-1.59 tengah hari; 2.00 - 6.59 petang; 7.00- 11.59 malam; 12.00- 12.59 tengah malam; 1.00- 11.59 pagi. | Tatabahasa | 02.01.2013 |