Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Terima kasih atas jawapan yang telah lalu. Ada jawapan (seperti mutiara kata ialah simpulan bahasa) dapat meningkatkan keyakinan saya menggunakan bahasa dan memberikan panduan kepada pelajar. Soalan: Perkara itu sudah diuar-uarkan melalui akhbar dalam talian. Benarkah kata kita boleh menguar-uarkan sesuatu melalui akhbar? | Kamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan kata "menguar-uarkan" ; meneriak-neriakkan sesuatu utk memberitahu orang ramai, mengumumkan (memberitahukan) sesuatu dgn suara yg kuat; 2. ki menghebahkan atau menyiar-nyiarkan khabar (berita dll): sejak agama Tuhan masuk ke mari, adat lama pusaka usang yg diuar-uarkan Belanda itu tidak ada lagi. Oleh yang demikian, kata menguar-nguarkan boleh digunakan untuk tujuan penghebahan atau pemberitahuan dalam media massa. | Tatabahasa | 05.03.2009 |
perkataan sekarang dan kini adakah ia mempunyai maksud yang sama? | Sekarang bermakna waktu bukan yg telah lalu dan bukan yg akan datang; waktu ini: ~ juga kita pergi. Kini pula ialah sekarang ini, waktu ini: ~ segala-galanya yg selama ini dirahsiakan telah diketahui umum; hingga ~ ke atas dr sekarang (ketika ini) dan selanjutnya; kekinian 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; terkini yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa. | Makna | 16.08.2010 |
Apa itu masa? | Masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; | Makna | 13.10.2010 |
1. Saya adalah Setiausaha PIBG yang baru. Pada mesyuarat kali pertama yang lalu saya telah ditanya tentang minit mesyuarat AJK PIBG. Soalan saya, adakah perlu diedarkan minit mesyuarat yang lalu untuk disahkan kerana mesyuarat baru-baru ini adalah yang kali pertama. 2. Adakah sah laku sesuatu pekeliling kementerian yang tidak ditandatangani tetapi hanya terdapat nama sahaja. | Minit mesyuarat hendaklah diedarkan pada setiap kali mesyuarat tersebut diadakan walaupun saudara/ saudari setiausaha yang baru. Soalan ke-2, tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa yang disediakan. Harap maklum. | Tatabahasa | 26.07.2008 |
Adakah saya seperti berikut adalah betul dan tolong cadangkan jawapan yang sesuai: 1. Sekolah saya telah mengadakan Hari Kantin pada hari Ahad yang lalu. atau Sekolah saya telah mengadakan hari kantin pada hari Ahad yang lalu. 2. Bapa saya ialah seorang guru. atau Bapa saya adalah seorang guru. inilah masalah yang saya biasa hadapi semasa mengajar penulisan. sebab buku rujukan yang lain memberikan jawapan yang berlainan. | Cadangan jawapan yang betul ialah 'sekolah saya telah mengadakan Hari Kantin pada hari Ahad yang lalu. 2. Bapa saya ialah seorang guru. Harap maklum. | Tatabahasa | 19.07.2008 |
Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'masa' dan 'waktu'? | Masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; waktu ialah 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam; | Makna | 22.02.2012 |
tolong semakan perenggan ayat ini dan beri panduan: Antara langkah-langkah untuk lmengatasi kesesakank lalu lintas adalah pihak kerajaan dan pihak swasta ganding bahu untuk menjayakan kempen berkongsi kereta. Melalui cara ini, kesesakan lalu lintas dikurangkan dan penggunaan petroleum untuk kereta individual dapata dijimalkan... | Antara langkah-langkah untuk lmengatasi kesesakank lalu lintas adalah pihak kerajaan dan pihak swasta ganding bahu untuk menjayakan kempen berkongsi kereta. Antara langkah untuk mengatasi kesesakan lalu lintas ialah kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta untuk menjayakan kempen berkongsi kereta. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Melalui cara ini, kesesakan lalu lintas dikurangkan dan penggunaan petroleum untuk kereta individual dapata dijimalkan Melalui kempen tersebut, kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan dan penggunaan petrol kereta dapat dijimatkan. petrol = minyak drpd petroleum yg telah dibersihkan dan digunakan sbg bahan api utk menjalankan enjin; minyak benzin. | Tatabahasa | 13.10.2012 |
Salam sejahtera. Mohon pihak tuan beri penjelasan tentang perbezaan penggunaan perkataan "waktu" dan "masa". Terima kasih. -Rahayu- | Merujuk Kamus Dewan,1. masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; 2. waktu ialah 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam; W ~ Min Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg asas pengiraan waktu di tempat-tempat lain di dunia; ~ pejabat waktu urusan sesebuah organisasi (kementerian, jabatan atau pejabat) dijalankan, biasanya antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang; ~ perdana waktu penyiaran yg mempunyai jumlah penonton yg paling ramai, yg dikesan melalui penyelidikan khalayak dan biasanya antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam; ~ puncak waktu lalu lintas yg paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik yg paling tinggi, dll; ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn waktu di tempat lain; ~ utama waktu perdana; habis ~ kerana bang prb terlalu lanjut membicarakan sesuatu yg tidak perlu sehingga yg perlu tertinggal; | Lain-lain | 01.09.2010 |
Assalammualaikum Tuan, saya Azmel bin Azid ingin bertanyakan soalan pada Pihak Tuan. Pada pertengahan bulan 7 yang lalu, saya telah pun pergi temuduga kerja untuk jawatan juruteknik mekanikal J17 (kontrak) di Menara DBP Kuala Lumpur. Jadi sy ingin bertanya kepada Pihak Tuan, bilakah tarikh keputusan temuduga itu akan dikeluarkan oleh Pihak Tuan. Sekian, terima kasih. | Mualaikumsalam wbt, TErima kasih di atas pertanyaan tersebut. Untuk makluman saudara, laporan keputusan temuduga tersebut akan diketahui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Lantikan dan Naik Pangkat yang dijadualkan akan bersidang pada akhir Oktober 2007. Saudara akan dimaklumkan melalui surat daripada pihak kami sebaik sahaja keputusan tersebut telah disah dan diperakukan. | Lain-lain | 06.08.2007 |
Saya telah mengemukakan transkrip buku ( novel ) kedua saya " Epilog Cinta Asrar ". melalui DBP Kota Kinabalu. Saya telah pun menandatangi surat perjanjian di samping telah menerima royalti pendahuluan beberapa bulan yang lalu. Namun sehingga kini belum menerima apa-apa maklumat perkembangan mengenainya. Saya mohon penjelasan. | Salam sejahtera, Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa manuskrip novel saudara telah lulus Mesyuarat Jawatankuasa Editorial dan Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan dan kini berada dalam peringkat penyuntingan. Maklumat adalah seperti yang berikut: Nombor pendaftaran: 594/2010 Peringkat : Penyuntingan Editor Projek: Puan Norzanani bt. Kata Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah Telefon: 088-439314 | Lain-lain | 14.10.2011 |