Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam .. Saya seorang guru sastera tingkatan 4 , ingin bertanya tentang sinopsis teks-teks sastera yang baru digunakan oleh pelajar tingkatan pada tahun 2010 ? | Sinopsis ada dimuatkan dalam halaman Pengenalan bagi setiap genre. Sila rujuk buku yang berkenaan. | Lain-lain | 02.07.2010 |
1. buku teks Bahasa Melayu atau buku teks bahasa Melayu? Dalam situasi apakah bahasa Melayu digunakan sebagai kata nama khas? 2. buku teks Matematik atau buku teks matematik? | - Frasa yang tepat ialah ‘buku teks Bahasa Melayu’. Frasa ‘Bahasa Melayu’ yang dieja dengan huruf B dan M besar bagi merujuk mata pelajaran di sekolah.
- Frasa yang tepat ialah ‘buku teks Matematik’. Perkataan ‘Matematik’ yang dieja dengan huruf M besar bagi merujuk mata pelajaran di sekolah.
| Tatabahasa | 28.05.2024 |
yang manakah paling tepat, 'Halaman buku teks' atau 'Buku teks Halaman'. terima kasih | Frasa yang betul ialah 'halaman buku teks', merujuk halaman dalam buku teks. | Tatabahasa | 04.05.2011 |
kepentingan filologi dalam sastera | Secara umum, filologi dalam sastera ialah suatu ilmu yangberhubungan dengan kajian terhadap teks. Dalam pergertian yang luas, filologi merupakan suatu disiplin yang ditujukan pada kajian tentang teks yang tersimpan atau teks lama. Kajian terhadap sesebuah teks lama, maksud di sini sesebuah naskhah lama yang dijumpa perlu dikajian atau di bandingakan dengan teks lain sama ada yang sama atau tidak (berkaitan). Di sinilah kepentingan filologi perlu kerana dalam teks lama lazimnya terdapat variasi disebabkan penyalinan nakhah tersebuah sehingga teks asli sentiasa mengalami perubahan. Ringkasnya kerja filologi didasarkan pada prinsip bahawa teks akan perubah setiap kali disalin kembali oleh penyalin yang lain kerana adanya tokok tambah. | Lain-lain | 05.09.2008 |
Saya sedang membuat kajian dalam bidang teks steganografi. Saya ingin mengetahui masuk Bahasa Melayu yang sesuai digunakan bagi perkataan Bahasa Inggeris berikut berikut: 1. cover text - teks penutup @ teks pelindung 2. hidden message - mesej rahsia @ mesej tersembunyi atau ada perkataan lain yang lebih sesuai. Terima kasih | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk perkataan bahasa Inggeris yang diberikan ialah: 1. cover text - teks pelindung 2. hidden message - mesej tersembunyi | Istilah | 24.11.2016 |
Ejaan; buku teks sejarah @ Buku Teks Sejarah? | Salam sejahtera, Buku Teks Sejarah | Ejaan | 07.01.2013 |
Salam sejahtera, 'Di dalam buku teks' atau 'dalam buku teks' yang gramatis? Terima kasih. Selamat Berpuasa. | Dalam buku teks. | Tatabahasa | 20.08.2009 |
untuk perhatian unit editor buku teks matematik sk tahun 3 semakan 2017 jilid 2 digital. kenapa buku teks matematik tersebut dicampur aduk dengan versi bahasa inggeris? tajuk-tajuk lain semua dalam bahasa melayu tapi untuk tajuk WAKTU DAN MASA. buku teks murid semua dalam bahasa melayu. tetapi buku teks digital bahasa inggeris. saya hanya dibekalkan buku teks digital saja, ini memberi masalah kepada saya tambahan pula bila dalam situasi sekarang. mohon pihak DBP untuk membetulkan versi bahasa melayu tersebut. | Salam tuan, Buku Teks Matematik SK tahun 3 Dimaklumkan bahawa Buku teks digital Matematik tahun 3 diuruskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). DBP hanya menguruskan buku teks secara bercetak sahaja. Walau bagaimanapun masalah tersebut telah dipanjangkan kepada pihak urus setia KPM untuk tindakan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara tersebut, bolehlah menghubungi pihak KPM. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 22.02.2022 |
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera. Saya Mohd Sabri Hasan pelajar PhD daripada UKM. Saya sedang menjalankan penyelidikan berkaitan dengan pemprosesan teks bahasa Melayu dibawah penyeliaan Profesor Dr Shahrul Azman Mohd Noah. Penyelidikan saya adalah ringkasan teks automatik pada teks bahasa Melayu. Salah satu teknik dalam ringkasan teks automatik adalah headline summarization. Headline summarization adalah proses menghasilkan satu ayat tunggal daripada teks yang mewakili idea utama. Masalah saya, apakah perkataan bahasa Melayu yang paling sesuai bagi mengantikan 'headline summarization'. Perkataan headline biasanya dikaitkan dengan tajuk utama. Dalam dalam konteks ringkasan teks automatik ia mewakili idea utama dalam bentuk ayat tunggal. Sekian terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah khusus untuk "headline summarization" dalam pangkalan data kami. Berdasarkan penerangan yang diberikan, istilah yang dicadangkan ialah ringkasan idea utama atau ringkasan isi utama. | Istilah | 19.10.2012 |
bengkel kemahiran hidup atau Bengkel Kemahiran Hidup bilik buku teks atau Bilik Buku Teks | Ejaan yang betul ialah Bengkel Kemahiran Hidup dan Bilik Buku Teks - kedua-duanya kata nama khas. | Ejaan | 17.01.2011 |