Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. Muthu sedang mencuci baju di dalam tandas pada waktu peatng. 2. Muthu sedang mencuci baju di dalam tandas. Adakah ayat-ayat di atas adalah betul? | 1. Muthu sedang mencuci baju di dalam tandas pada waktu peatng. 2. Muthu sedang mencuci baju di dalam tandas. Kedua-dua ayat tersebut betul dan ayat pertama merupakan ayat majmuk. | Tatabahasa | 11.06.2009 |
Selamat sejahtera tuan/puan. Adakah perkataan "tandas" merujuk kepada tempat membuang air sahaja, ataupun perkataan tersebut juga bermaksud benda yang digunakan untuk membuang air? Adakah "mangkuk tandas" merujuk kepada seluruh benda (termasuk paip air dsb) ataupun bahagian yang semacam mangkuk? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, tandas bermaksud bilik khas (di tempat awam, sekolah, pejabat, dan sebagainya) tempat membuang air (yang dilengkapi dengan mangkuk tandas, sink, dan sebagainya), atau disebut bilik air. Mangkuk tandas sesuatu seperti mangkuk bentuk atau rupanya digunakan sebagai tempat buang air besar atau buang air kecil di tandas. | Makna | 12.10.2012 |
SINONIM TANDAS DALAM BAHASA ISTANA | Untuk makluman, tidak ada sinonim untuk tandas dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah yang digunakan oleh pihak istana ialah kamar bersiram. | Istilah | 07.04.2011 |
Jangan membuang tisu di dalam /ke dalam lubang tandas. | Jangan membuang tisu ke dalam lubang tandas. | Tatabahasa | 11.05.2011 |
apa kesalahan dalam ayat di bawah: 1. Tandas itu mereka rosakkan kerana tidak puas hati terhadap penjaja kedai itu. | Ayat yang betul ialah : Tandas itu dirosakkan oleh mereka kerana tidak puas hati terhadap penjaja kedai itu. Ayat ini merupakan bentuk ayat pasif diri ketiga. | Tatabahasa | 11.04.2008 |
SAYA INGINKAN KEPASTIAN TENTANG PERKATAAN TANDAS DALAM BAHASA ISTANA. TERIMA KASIH | Maklumat ini tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah yang digunakan oleh pihak istana untuk tandas ialah kamar bersiram. | Istilah | 07.04.2011 |
selamat sejahtera. saya ingin mengetahui perkataan flushing toilet, overflow, dan first flush dalam Bahasa Melayu (mengenai rainwater harvesting). sekian, ribuan terima kasih didahului atas bantuan tuan/puan. | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dikemukakan : flushing toilet = tandas pam atau tandas kumbah; overflow=limpahan atau melimpah; first flush=pam atau kumbah pertama | Istilah | 11.09.2008 |
selamat sejahtera. Bolehkah tuan bagi tahu saya apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk 'flush the toilet' ? Bolehkah kita menggunakan 'mengumbah tandas" sekian, terima kasih. | Flush the toilet lazimnya diterjemahkan kepada Sila pam tandas selepas digunakan. | Sastera | 11.07.2012 |
Apakah terjemahan bagi perkataan 'toilet stub'? 'toilet stub' adalah bekas tisu kertas tandas yang telah digunakan. | Padanan istilah ini dalam bahasa Melayu tidak terdapat dalam mana-mana sumber rujukan kami. Oleh itu, cadangan kami ialah bekas gulungan tisu tandas. | Istilah | 26.05.2010 |
Menunggu Alisa keluar dari/ daripada tandas? | jawapan yang betul ialah dari | Tatabahasa | 01.11.2011 |