Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
takrif bahasa dan contoh : - taboo - kreol -kolokial - pigin, | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu dalam bahasa Melayu bermaksud 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?. Bahasa pijin:bahasa yg terdiri drpd campuran unsur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomunikasi antara satu dgn yg lain. Bahasa kolokial: bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku): perkataan kau orang itu adalah frasa ~. Bahasa kreol: bahasa yg terbentuk drpd campuran dua bahasa yg berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dlm komuniti atau daerah tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. | Istilah | 04.07.2010 |
takrif pembetung,penyusupan dan sistem pembentungan | Pembetungan bermaksud kerja-kerja membuat atau membubuh paip untuk saliran air; penyusupan bermaksud perbuatan menyorok ke bawah, dan seistem pembetungan bermaksud sistem penyaliran najis, air kumbahan dan sebagainya ke loji pemprosesannya melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah. | Makna | 29.10.2009 |
takrif dan konsep wacana | Wacana: 1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur kritikan sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~ sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak; | Lain-lain | 26.08.2009 |
Takrif kesalahan tatabahasa dari segi morfologi, sintaksis, dan semantik beserta punca-puncanya. | Kesalahan tatabahasa dari aspek morfologo, sintaksis dan semantik boleh ditakrifkan sebagai kesalahan dalam pembentukan kata, susunan kata dalam ayat dan makna perkataan. Untuk maklumat lengkap (termasuklah punca berlakunya kesalahan itu) sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan tentang tajuk berkenaan. | Tatabahasa | 22.02.2009 |
Takrif dan definisi BUDAYA PENYAYANG | Budaya penyayang bermaksud tamadun atau peradaban yang bersifat budaya dari segi akal budi berkenaan dengan rasa kasih akan orang lain; pengasih atau pencinta. Dalam konteks yang lebih luas, budaya penyayang ini boleh juga dikaitkan dengan objek selain manusia, seperti haiwan belaan, persekitaran dan lain-lain. Tujuannya adalah untuk mewujudkan keadaan yang aman, tenteram dan selamat dalam kalangan masyarakat dan bernegara. Budaya ini wajar diterapkan dalam semua peringkat masyarakat dan dalam kalangan masyarakat majmuk. | Makna | 08.01.2008 |
TAKRIF PORTFOLIO | Takrif portfolio mengikut Kamus Dewan ialah 1. bidang tugas dan tanggungjawab seseorang menteri, contoh: Menteri Tak Berportfolio iaitu Menteri yg tidak mempunyai Kementerian atau jabatan(-jabatan) tertentu di bawah penguasaan dan tanggungjawab; 2. keseluruhan pelaburan yg dipegang oleh seseorang individu atau sesebuah syarikat. | Makna | 08.12.2006 |
SAYA INGIN MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG BAHASA CONTOH TAKRIF BAHASA,APA DIA B.RASMI,B.KEBANGSAAN,B.PENGANTAR,B.ILMU, B.KOMUNIKASI DAN APA JUGA YANG BERKAITAN DENGAN BAHASA MALAYSIA DALAM ASPEK TAKRIF & KONSEP. | Kami perturunkan takrif bahasa yang ada dalam kamus dan untuk takrif yang lebih khusus atau teknikal sila rujuk buku yang berkaitan. terima kasih. 1.Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb. Bahasa baku ialah bahasa yg teratur dan mantap pelbagai aspeknya (spt ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dll) dan diterima oleh masyarakat sbg norma penggunaan yg betul atau sahih, bahasa standard;bahasa ibu (ibunda) bahasa sendiri yg dipakai sejak kecil; bahasa ilmu bahasa yg mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi; bahasa kebangsaan ialah bahasa yg diterima dan digunakan ramai oleh penduduk dlm sesebuah negara yg mempunyai beberapa bahasa atau loghat yg lain; bahasa penghantar (pengantar) bahasa yg digunakan sbg alat perhubungan atau komunikasi dlm pengajaran (di sekolah) atau dlm perundingan (mesyuarat dsb). | Makna | 08.08.2008 |
APakah takrif remaja menurut Kamus Dewan? | remaja 1. mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur utk berkahwin; 2. = muda ~ muda; gadis ~ = ~ puteri gadis yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); ~ putera pemuda yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); masa ~ masa mulai timbul rasa cinta berahi, masa muda-muda; | Makna | 23.12.2008 |
Tolong beri takrif - Bandingan Semacam berserta senarai bandingan semacam | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Namun melalui carian di Internet, kami temukan beberapa maklumat yang boleh membantu saudara. Bandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan. Bandingan semacam pada umumnya digunakan dengan perkataan macam, seperti, bagai dan laksana. Contohnya adil macam hakim, angkuh macam merak dan bebas macam burung.
| Tatabahasa | 13.03.2013 |
1.apakah takrif bahasa daripada 5 orang ahli bahasa(antarabangsa) 2.apakah yang boleh dikaitkan dengan bahasa sebagai satu sistem? | Soalan saudara memerlukan pembacaan dan kajian yang luas untuk mendapatkan jawapannnya. Oleh itu, sila rujuk kertas buku/makalah yang berkaitan dan untuk makluman saudara soalan sebegini adalah di luar skop khidmat nasihat bahasa. | Lain-lain | 05.07.2010 |
|
|