Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
saya mahasiswa YIU ingin bertanya, tolong contoh pantun | Untuk makluman saudara, pantun terdiri daripada beberapa jenis iaitu dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, pantun berkait dan sebagainya. Contoh pantun dua kerat: Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata. Contoh pantun empat kerat pula: Pagi-pagi mengutip lokan, Lokan dikutip di tepi laut; Cantik bukan kaya pun bukan, Mengapa pula hati terpaut. Contoh pantun enam kerat: Tempayan pecah jangan diterap, Boleh buat pengisi dedak, Dedak basah penjemur padi; Orang miskin apa diharap, Budi tiada bahasa pun tidak, Emas perak jauh sekali. | Lain-lain | 15.07.2010 |
Yang mana yang betul: a) Tak kenal maka tak cinta b) Tidak kenal maka tidak cinta | Yang betul ialah a. tak kenal maka tak cinta | Tatabahasa | 01.02.2012 |
kadang-kadang saya keliru bagi menentukan frasa kerja untuk kata kerja tak transitif. boleh tak beri saya tips unutk mengenalpasti FK tak transitif? | Kata kerja tak tarnsitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya, seperti dalam ayat Ayah tersenyum. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, seperti dalam contoh ayat: Mereka tidak berbuat jahat - unsur pelengkap ini bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan; sementara yang lain pula tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Saudara perlu merujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 88 dan 387. | Tatabahasa | 24.03.2011 |
Bahasa tidak patut menjadi tembok penghalang yang membolehkan mereka berkomunikasi dan "berinteraksi". berinteraksi merupakan Kata kerja tak transitif tak berpelengkap ?? | Betul, perkataan berinteraksi ialah kata kerja tak transitif. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
Adakah perkataan yang bermula dengan imbuhan 'ber' ialah Kata Kerja Tak Transitif dan i dengan kata sendi nama mesti diikuti kata sendi nama selepasnya?? | Kata kerja yang dibentuk dengan awalan beR- bersifat tak transitif, iaitu tak transitif tanpa pelengkap seperti berjalan dan tak transitif berpelengkap seperti berbuat jahat. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 163. Kata kerja yang dibentuk dengan akhiran -i (tanpa awalan) wujud dalam dua bentuk, iaitu dalam ayat pasif diri pertama seperti Perangai yang baik itu akan kami contohi dan dalam ayat suruhan Tolong baiki basikal ini. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 187. | Tatabahasa | 20.05.2011 |
Tak, nak, tapi, saja, ni dan sebagainya dapat dinamakan perkataan kontot. Wajar atau tidak perkataan seperti ini digunakan (a) dalam karya sastera (b) tulisan di media massa seperti akhbar dan majalah terbitan DBP (c) terbitan kerajaan seperti pekeliling dan laporan tahunan? | Penggunaan perkataan ini bergantung pada konteks dan media. Dalam terbitan rasmi seperti pekeliling, laporan, dokumen rasmi lain seperti akhbar dan terbitan DBP ini tidak digunakan. Walau bagaimanapun dalam penulisan kreatif seperti novel, dialog atau dalam bahan bercetak seperti poster bentuk seperti boleh digunakan bergantung pada tujuan dan sasaran penggunanya. | Tatabahasa | 17.01.2009 |
tak bolehkah bersifat tetap. mcm bhs inggeris x ada perubahan. kalau alasan nak memartabatkn bhs,kena lah tetapkn bhs, seolah2 mcm x tentu dgn bhs kebangsaan sendiri sehingga sentiasa berubah. | Terlebih dahulu, terima kasih diucapkan kepada saudara atas pandangan menarik yang diberikan berkaitan bahasa kebangsaan negara. Sebenarnya untuk makluman saudara, setiap bahasa yang ada di dunia berubah mengikut peredaran masa dan turut berubah selagi manusia berbudaya. Bahasa Inggeris juga turut berubah mengikut perkembangan. Mohon jasa baik saudara untuk mengemukakan apakah perubahan yang dimaksudkan agar pihak kami dapat sama-sama berkongsi maklumat untuk bersama-sama kita mengangkat martabat bahasa kebangsaan negara kita. Terima kasih. | Lain-lain | 27.10.2006 |
Peribahasa menyebut " tak kenal maka tak cinta " . Jadi sejauhmana peribahasa ini dapat mempengaruhi dalam bidang pengkaji bahasa. Tq. | Sila rujuk buku dan bahan yang berkaitan. | Lain-lain | 22.05.2010 |
peribahasa ada menyebut 'Tak kenal maka tak cinta'. sejauhmanakah peribahasa ini dapat mempengaruhi bidang pengkajian bahasa melayu. | Sdr. Nurul, Pihak kami hanya membantu dalam masalah yang mungkin terdapat dalam penggunaan bahasa Melayu yang pihak sdr. hadapi, tetapi dalam soal berbentuk kajian seperti ini saya rasa sdr. perlu membuat kajian sendiri dan pergilah ke perpustakaan yang terdekat untuk mencari maklumatnya. | Lain-lain | 16.05.2010 |
Encik Sulaiman. Saya pernah menghantar e-mel kepada DBP tapi tak jawab. Soalannya " Ada tak perkataan graduat dalam B. Melayu sebab saya nampak ada institusi guna. Saya tahu kita patut guna perkataan "Siswazah". Harap mendapat jawapan kali ini. Satu lagi kenapa semua talian talipon tidak berjawab. | Perkataan graduat tidak ada dalam bahasa Melayu, padanan yang betul untuk graduate ialah siswazah. | Istilah | 11.11.2009 |