Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah kesalahan istilah dan tatabahasa dalam ayat di bawah? 1.Akhbar itu menyediakan ruangan pujuk sebagai sindiran kepada pihak tertentu supaya mereka memikirkan semula tindakan yang telah mereka ambil. 2.Apabila harga barangan semakin meningkat, mereka terpaksa membeli juga barang-barang tiruan yang berharga murah di pasaran. 3.Petronas telah meningkatkan usaha menggali minyak pada tahun lalu dalam usaha meningkatkan tabungan minyak sekurang-kurangnya 25 peratus. | 1.Akhbar itu menyediakan ruangan pojok sebagai sindiran kepada pihak tertentu supaya mereka memikirkan semula tindakan yang telah mereka ambil. 2.Apabila harga barangan semakin naik, mereka terpaksa membeli juga barangan tiruan yang murah di pasaran. 3.Petronas telah meningkatkan usaha menggali minyak pada tahun lalu dalam usaha menambah tabungan minyak sekurang-kurangnya 25 peratus. | Tatabahasa | 22.04.2013 |
Apakah kegunaan bahasa kiasan? | Bahasa kiasan - digunakan sebagai pertimbangan mengenai sesuatu perkara dengan perbandingan, mengibaratkan atau membuat sindiran yang ditujukan kepada seseorang. | Lain-lain | 29.09.2006 |
BAHASA KIASAN | Menurut Kamus Dewan, kiasan bermaksud pertimbangan (perhitungan) mengenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain. Kiasan juga bermaksud ibarat, perumpamaan, sindiran, pengajaran atau contoh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan. Bahasa kiasan ialah bahasa yang digunakan untuk membuat perbandingan terhadap sesuatu dengan cara yang lebih menarik.Untuk memehami pengertian bahasa kiasan, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP. Terima Kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Makna | 18.12.2006 |
Salam sejantera, Mohon perlu penjelasan frasa "pulang paku buah keras". Harap dapat sertakan contoh ayat bagi menerangkan maksud. Terima kasih. | Pulang paku buah keras bermaksud memulangkan balik kata-kata atau sindiran yang ditujukan kepadanya dahulu kepada orang yang menyindirnya. Saleha pulang paku buah keras kepada rakannya yang pernah bercerita pasal dirinya. | Makna | 13.02.2013 |
saya ingin mengetahui huraian tentang perkataan di bawah dari mana berasal.asal usul dan apa saja yang berkaitan dengannya secara jelas dan lengkap.perkataannya ialah 1.PANTUN 2.SYAIR 3.GURINDAM, 4. SELOKA 5.MENTERA 6.TEROMBA 7.NAZAM. | Mengikut Kamus Dewan makna perkataan-perkatan berikut ialah: 1) Pantun - sj puisi lama yg biasanya terdiri drpd empat baris dlm tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yg selainnya mengandungi maksudnya); 2) Syair - sj karangan bersajak (tiap-tiap rangkap terdiri drpd empat baris yg sama bunyi hujungnya); 3) Gurindam - sj bentuk puisi (terdiri drpd dua baris, berisi dgn berbagai-bagai pengajaran); 4) Seloka - sj puisi yg mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll); 5) Mentera - kata atau ayat yg apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll), jampi; 6) Teromba - sejarah yg diceritakan dlm bentuk perbilangan, tambo, riwayat. 7) Nazam -Ar sj gubahan puisi (spt sajak, syair). Untuk mengetahui makna setiap perkataan itu dengan lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu di DBP atau IPTA. | Lain-lain | 03.12.2007 |
Bolehkah anda kenal pasti kesalahan dalam ayat berikut? 1.Kemeja yang tersinggung pada paku di dinding itu diambil oleh kakak untuk dicuci. 2.Ketika berasak-asak hendak menaiki bas, siku Marlia tersinggung kepala seorang kepala kanak. 3.Hati-hati ketika berbicaragadis itu kerana hatinya mudah tersinggung. 4.Kadang-kadang kata-katanya tersinggungperasaan orang lain. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersinggung ditakrifkan sebagai 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati manakala menyinggung ditakrifkan sebagai 1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll). Berdasarkan huraian tersebut, saudara boleh mendapatkan jawapan pada pertanyaan yang dikemukakan. | Tatabahasa | 13.12.2010 |
|
|