Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. Sila lengkapkan Pernyataan Setuju-Terima pada muka surat sebelah sebagai mengesahkan persetujuan saudara terhadap kandungan surat ini. 2.Sila lengkapkan Penyataan Setuju-Terima pada muka surat sebelah sebagai mengesahkan persetujuan saudara terhadap kandungan surat ini. (Mana satu yang betul ? Saya agak keliru dengan pengunaan kata "Pernyataan/Penyataan"..Terima kasih) | Yang betul Pernyataan Setuju Terima. Pernyataan bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara. Penyataan bermaksud perbuatan menyatakan sesuatu. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1089. | Tatabahasa | 03.03.2009 |
perkataan surat setuju terima dan dokumen sebut harga hendaklah ditulis macammana? surat setujuterima dan dokumen sebutharga atau dijarakkan seperti tulisan awal di atas. | Perkataan surat setuju terima dan dokumen sebut harga hendaklah dieja dalam dua perkataan. | Tatabahasa | 13.01.2011 |
Rangkai kata 'tidak kisah' tidak betul kerana 'kisah' tidak bererti peduli atau endah. Setuju? | Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, makna kisah ialah hal, cerita,riwayat, kejadian. Tidak ada keterangan yang menunjukkan kata ini membawa makna peduli atau endah. Walau bagaimanapun dari segi penggunaan harian dan dalam konteks bahasa lisan rangkai kata tidak kisah digunakan secara meluas dalam percakapan. | Makna | 23.07.2007 |
saya lihat ramai anak muda sekarang suka berbahasa inggeris daripada bahasa melayu. adakah pihak tn. setuju bahawa anak muda suka berbahasa inggeris adalah disebabkan proses pembentukan kata bahasa melayu banyak berunsurkan bahasa inggeris.contohnya seperti perkataan akronim seperti felda, rtc dan sebagainya.berikan ulasan anda... | Pada pandangan saya pembentukan akronim hanyalah sebahagian kecil daripada unsur bahasa yang tidak sepatutnya menyumbang kepada kegoyahan jati diri rakyat Malaysia kepada bahasa kebangsaan lebih-lebih lagi orang Melayu kepada bahasa ibundanya sendiri. Keutuhan jati diri penting bagi setiap rakyat Malaysia termasuklah mempunyai rasa sayang akan bahasa kebangsaannya. Tidak salah untuk sesiapa sahaja termasuklah anak muda menggunakan apa-apa bahasa sekalipun asalkan dalam konteks dan tempat yang betul. Dalam urusan rasmi dan kenegaraan bahasa Melayu ialah bahasa pengantarnya. Wallahua'lam. | Lain-lain | 08.03.2013 |
saya nak tanya macam mana hendak menggunakan data korpus?? | Layari http://prpm.dbp.gov.my/, kemudian klik pada kotak KNDBP, di bawah menu utama klik pada 'konkordans' klik setuju pada lesen penggunaan konkordans dan ikutlah arahan yang diberikan seterusnya. Konkordans bermaksud: senarai kata dlm korpus (buku, majalah, dsb) yg disusun mengikut abjad yg menyatakan kedudukan sesuatu kata, dan cara penggunaannya dlm bahagian korpus yg berkenaan. | Lain-lain | 04.09.2009 |
kenapa dipersetujui betul? sedangkan diper..i hanya ada 4 perkataan saja boleh digunakan iaitu ingat,kawan,suami dan isteri? | Dipersetujui ialah bentuk pasif mempersetujui. Perkataan tersebut betul dan digunakan dalam ayat pasif. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan dan lihat entri kata setuju. | Tatabahasa | 20.10.2012 |
bagaimanakah menggunakan perkataan 'afdal'? pelajar sering menulis perkataan ini dalam setiap perenggan pertama. Misalnya, langkah yang paling afdal, idea yang paling afdal. Adakah perkataan ini sesuai untuk di perenggan pertama? hal ini disebabkan afdal itu bermakna paling penting. Pelajar sering menggunakan perkataan ini. Ada guru tidak setuju penggunaan perkataan ini kerana perkataan ini untuk laras agama. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan afdal bermaksud lebih utama; terutama. Dalam ayat yang dikemukakan penggunaan perkataan afdal kurang sesuai. Perkataan afdal biasanya lebih sesuai dalam ayat laras agama. | Tatabahasa | 07.05.2008 |
Tuan, setahu saya hanya ada aku janji. Wujudkah akur janji? Jika kedua-duanya wujud, apakah perbezaannya? Terima kasih. | Perkataan aku janji ialah padanan undertaking dalam bahasa Melayu yang lazimnya digunakan dalam bidang pentadbiran, manakala perkataan akur janji boleh digunakan dalam konteks umum yang bermaksud setuju berjanji. | Istilah | 27.03.2012 |
Tuan, apabila saya merujuk kpd PRPM, ada dinyatakan penggunaan diperolehi adalah salah. Yg ada diperoleh. Tetapi, bagaimana pula dgn dipersetujui? Apakah sebabnya berbeza? Terima kasih. | Benar kata terbitan memperolehi/diperolehi salah kerana kata dasar oleh apabila menerima awalan memper- menjadi memperoleh dan dalam bentuk pasifnya diperoleh. Manakala kata dasar setuju menerima apitan memper-...-i maka terhasillah kata kerja mempersetujui/dipersetujui. | Tatabahasa | 19.09.2012 |
Mana satukah antara ayat-ayat di bawah yang menggunakan perkataan cocok dengan betul? a. Mereka berdua sentiasa cocok dalam membuat keputusan. b. Dia terlambat ke sekolah kerana jam locengnya tidak cocok. c. Azmi dan Daud mempunyai cocok dari segi paras rupa. | Perkataan cocok membawa pelabagai maksud iaitu; 1. sesuai benar, kena benar, sepadan 2. setuju, bersefahaman, sepakat 3. sama benar, tidak berbeza 4. tepat, betul 5. setuju di hati, suka 6. serasi. Berdasarkan makna yang tersebut kesemua penggunaan cocok dalam ayat-ayat tersebut betul; a. Mereka berdua sentiasa cocok dalam membuat keputusan. b. Dia terlambat ke sekolah kerana jam locengnya tidak cocok. c. Azmi dan Daud cocok dari segi paras rupa. | Tatabahasa | 02.09.2009 |