Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Setelah menabur benih sawi di atas batas yang digemburkan. Pak Song lantas menyiraminya. Munsyi, adakah lantas gramatis digunakan dalam ayat ini? TK | Lantas bermaksud terus dan boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 12.06.2012 |
Setelah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 245, didapati tiada tatabahasa yang mengatakan "amat sangat sakit" adalah gramatis. Jika tatabahasa ini diterima, maka "sangat amat sedih" atau "amat sungguh sedih" pun menjadi gramatis. Sila berikan penerangan yang jelas. Kenapa tatabahasa "(sangat/amat/sungguh) + adjektif + nian" digugurkan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga? Adakah tatabahasa tersebut tidak gramatis lagi? | Merujuk halaman 245, buku Tatabahasa Dewan, pola yang ada ialah (v) ter- + {amat/sangat} + kata adjektif dan (vi) {amat/sungguh/sangat} + kata adjektif sekali. Oleh itu, berdasarkan pola tersebut contoh yang saudara beri "amat sangat sakit" tidak gramatis kerana bentuk yang betul teramat sakit atau tersangat sakit (pola v) dan amat sakit sekali atau sungguh sakit sekali atau sangat sakit sekali (pola vi). Sebarang persoalan tentang kandungan buku Tatabahasa Dewan saya cadangkan saudara berhubung terus dengan editor yang terlibat. | Tatabahasa | 27.08.2009 |
Setelah kedua-dua ibu bapanya berpisah, kehidupan Ali ___________. a.bongkar-bangkir b.huru-hara c.kelam-kabut | A. Bongkar-bangkir. T.kasih. | Lain-lain | 14.08.2008 |
Setelah merujuk arkib soalan DBP saya mengetahui simbol ' disebut sebagai pengikat kata. macam mana pula dengan simbol ini " atau dalam bahasa Inggerisnya 'inverted comma'? | Dalam buku Gaya Dewan, m.s. 77, simbol (' ') disebut tanda petik tunggal yg biasa digunakan dlm ungkapan atau ayat yg sudah diapit tanda petik, simbol (" ") disebut tanda tanda petik, fungsinya mengapit cakap ajuk, mengapit judul rencana, karangan, puisi dsb, mengapit istilah ilmiah kata khusus | Lain-lain | 24.08.2007 |
Salam sejahtera. Tuan, Ayat yang manakah betul; Kamal dan kakaknya segera balik ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya / Kamal dan kakaknya segera pulang ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya. | Kamal dan kakaknya segera balik ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya / Kamal dan kakaknya segera pulang ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya. Kedua-dua ayat itu betul, balik dan pulang sama maknanya. | Tatabahasa | 21.07.2008 |
Ayat mana yang lebih tepat, 'Dimaklumkan bahawa pihak universiti setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan puan dengan ini tidak meluluskan semakan gaji..... ' 'Setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan puan, dimaklumkan bahawa pihak universiti tidak meluluskan semakan gaji......' | Dimaklumkan bahawa setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan puan, pihak universiti dengan ini tidak meluluskan semakan gaji ... | Tatabahasa | 21.06.2012 |
Saya nak tanya sama ada kedua-dua ayat di bawah boleh diterima atau tidak. a) Saya berasa sungguh gembira setelah mendengar berita itu. b) Saya sungguh gembira setelah mendengar berita itu. | Ayat 'Saya berasa sungguh gembira setelah mendengar berita itu.' betul dan mematuhi tatabahasa bahasa Melayu. | Tatabahasa | 26.02.2007 |
Selamat sejahtera, Setelah meneliti takrif kata tentang diftong dan vokal berganding saya faham tentang contoh yang diberi saudara tapi saya masih tidak pasti tentang beberapa perkataan. Adakah perkataan-2 ini betul? 1) vokal berganding = menaiki, kemudian, bersiap, buatan (bolehkah mana-2 huruf vokal bergabung?) 2) digraf = dengan, pengunjung, barangan Terima kasih. | Vokal berganding berlaku apabila dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata pulau dan saat; dan vokal berganding tidak semestinya menghasilkan dua bunyi. Contoh lain vokal berganding adalah seperti yang saudara berikan. Digraf sama dengan konsonan berganding, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, kh dan sy, seperti dalam contoh yang saudara berikan. | Tatabahasa | 10.08.2012 |
mukanya memucat setelah mendengar berita kemalangan ngeri itu, adakah penggunaan kata 'memucat' betul dalam ayat ini? | jawapan yang betul ialah pucat. | Tatabahasa | 26.09.2011 |
Selamat petang. Setelah membaca beberapa jawapan pihak tuan berkenaan .....begitu cantik/indah(adjektif) sekali, jawapan pada tahun 2010 dan 2009/8 ada perbezaan. Pada tahun 2010, begitu cantik sekali tidak diterima tetapi pada tahun 2009/8 diterima. Yang mana satukah betul? a) begitu cantik sekali, atau b) begitu cantik, atau c) cantik sekali. Terima kasih. | Frasa "begitu cantik" dan "begitu cantik sekali" adalah betul. Yang tidak dibenarkan ialah "teramat cantik sekali", sebaliknya yang betul ialah "teramat cantik" atau "cantik sekali". Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 31.05.2011 |