Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Encik, Mengapakah soalan yang saya kemukakan kepada pihak DBP tidak mendapat jawapan yang konkrit? Misalnya dua soalan saya yang terakhir: Encik, Adakah penggunaan perkataan 'memandang' dalam ayat yang berikut betul? * Banyak orang sedang memandang kemalangan yang ngeri itu. Jika salah, apakah perkataan yang sesuai digunakan? Terima kasih. Dalam ayat yang diberikan, perkataan yang lebih sesuai ialah "menyaksikan". (Pihak encik tidak menjawab sama ada penggunaan 'memandang' dalam ayat saya betul atau sebaliknya) Dalam soalan terakhir saya, pihak encik memberikan maksud 'stayback' ialah berada. Bukankah perkataan 'stay' barulah bermaksud berada. Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, memandang mempunyai 4 takrifan, iaitu : 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai. Berdasarkan contoh ayat yang saudara berikan, perkataan yang tepat dan sesuai ialah menyaksikan kerana maksud menyaksikan ialah 1. melihat (menghadiri dll) sbg saksi, melihat (menghadiri dll) sendiri: mereka berkahwin dgn disaksikan oleh ibu bapa mereka; 2. melihat (sendiri): orang yg datang utk ~ permainan itu makin bertambah; konsep inilah yg telah diterapkan, dan akibatnya masih dapat disaksikan hingga ke masa kini. Untuk makluman saudara, sesuatu perkataan yang hendak digunakan perlu juga melihat bidang dan konteks ayat . Begitu juga dengan perkataan stay back, padanan yang sesuai untuk contoh ayat yang saudara berikan ialah berada. Stay mempunyai pelbagai maksud. Sila rujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 15.01.2010 |
Beza antara perkataan 'melihat' dan 'memandang'. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, melihat bermaksud 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid. Memandang pula ditakrifkan sebagai 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai. | Istilah | 03.12.2009 |
|
Puisi |
---|
|
Belok-belok ke jamban pilih, Teras seraya di dalam padi; Elok buruk aku tak pilih, Asalkan berkenan dalam hati.
Lihat selanjutnya... |
|