Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam, apakah ejaan yang betul untuk 'limau kasturi'? Dalam kamus dewan edisi keempat ditulis limau kesturi, tetapi masyarakat umum lebih serasi dengan ejaan limau kasturi. Adakah salah jika saya gunakan limau kasturi?Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah limau kesturi seperti dalam Kamus Dewan Edisi Empat. | Ejaan | 23.09.2013 |
Mana satukah antara ayat-ayat di bawah yang menggunakan perkataan cocok dengan betul? a. Mereka berdua sentiasa cocok dalam membuat keputusan. b. Dia terlambat ke sekolah kerana jam locengnya tidak cocok. c. Azmi dan Daud mempunyai cocok dari segi paras rupa. | Perkataan cocok membawa pelabagai maksud iaitu; 1. sesuai benar, kena benar, sepadan 2. setuju, bersefahaman, sepakat 3. sama benar, tidak berbeza 4. tepat, betul 5. setuju di hati, suka 6. serasi. Berdasarkan makna yang tersebut kesemua penggunaan cocok dalam ayat-ayat tersebut betul; a. Mereka berdua sentiasa cocok dalam membuat keputusan. b. Dia terlambat ke sekolah kerana jam locengnya tidak cocok. c. Azmi dan Daud cocok dari segi paras rupa. | Tatabahasa | 02.09.2009 |
|
|