Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam, apakah kata ganda berentak yang sesuai dengan keadaan bilik yang bersepah (pakaian diletakkan di merata-rata)..adakah sesuai digunakan tunggang-langgang?ataupun ada kata ganda berentak lain yang lebih sesuai?terima kasih. | Dalam Kmaus Dewan Edisi Empat, tunggang-langgang bermaksud berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang; menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, men-jungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memutarbalikkan;.Daripada takrifan tersebut, perkataan tunggang-langgang kurang sesuai digunakan. Kata ganda yang sesuai digunakan ialah bersepah-sepah atau berserak-serak. | Tatabahasa | 02.12.2013 |
|
Puisi |
---|
|
Sepah bulan di hujung jari, Buah belimbing pengelok kuku; Kalau jatuh bulan abang mari, Jentik dinding bukalah pintu.
Lihat selanjutnya... |
|