Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalmualikum, saya ingin mengetahui lebih lanjut, perihal takrifan Instalasi dalam konteks seni sezaman. Seni Instalasi merupakan suatu aliran seni rupa yang penting di alaf ini, tapi malangnya takrifan dalam konteks seni tidak ada. | Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "instalasi' ditakrifkan sebagai 1. istiadat pelantikan (penabalan dll); 2. perihal mengatur (memasang) alatan rumah dan lain-lain. Kami tidak mempunyai maklumat tentang takrif "instalasi" dalam bidang seni. | Makna | 03.03.2013 |
Apakah yang dimaksudkan dengan seni mengarang ? Terima kasih. | Secara umumnya, seni mengarang mengenai seni dalam menghasilkan karya. Untuk lebih terperinci, sila rujuk bahan ini : Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah : Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja) Sulaiman Masri Karisma Publications 2004 . | Tatabahasa | 16.03.2013 |
saya ingin mengetahui secara terperinci maksud seni mengarang | Secara umumnya, seni mengarang mengenai seni karang-mengarang. Untuk lebih terperinci, sila rujuk bahan ini : Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah : Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja) Sulaiman Masri Karisma Publications 2004 . | Lain-lain | 07.03.2013 |
Pusat Seni Lukis/Seni | 3 perkataan | Tatabahasa | 17.04.2007 |
Yang manakah betul? Seni Pertahanan diri ATAU seni mempertahankan diri. terima kasih. | Jawapan yang betul ialah seni mempertahankan diri. | Lain-lain | 14.05.2010 |
Yang manakah betul? 'janji temu' ATAU ' temu janji', ' seni pertahanan diri' ATAU 'seni mempertahankan diri'. Terima kasih. | Janji temu dan seni mempertahankan diri. | Lain-lain | 24.04.2009 |
apakah perbezaan maksud seni dan kesenian? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1452-1453, seni - 1. karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan: kalau perut kosong, politik dan sastera, ilmu pengetahuan dan seni tidak akan menarik perhatian orang yang paling intelektual sekali pun; 2. kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran, dll) yang indah-indah; manakala kesenian pula bermaksud - perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan): kaulah seorang seniman yang tahu menikmati kesenian alam. | Makna | 26.12.2006 |
saya ingin mendapatkan beberapa kepastian drpd pihak tuan. seni mempertahankan diri atau seni pertahanan diri betul? kereta mainan atau kereta permainan? bolehkah pihak tuan memberikan penerangan yang terperinci? terima kasih. | pertahanan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah manakala mempertahankan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah atau menjaga supaya tidak terancam, melindungi atau membela. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah seni mempertahankan diri.
mainan bermaksud benda yang digunakan (oleh kanak-kanak) untuk bermain manakala permainan merujuk kepada sesuatu yang digunakan untuk bermain. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah kereta mainan. | Tatabahasa | 08.04.2011 |
Saya merupakan pelajar dalam jurusan Seni Lukis dan Seni Reka. Saya sedang membuat kajian tentang pesanan datuk dan nenek moyang dahulu kala. Contohnya, "Jangan ketip kuku waktu malam, nanti hantu datang". Maksud tersirat, dinasihatkan jangan ketip kuku pada waktu malam kerana takut jari terluka. Saya ingin bertanya sekiranya terdapat penulisan tentang pesanan datuk nenek moyang ini. Saya harap pihak DBP dapat membantu saya. Terima Kasih. | Sila rujuk bahan ini : 1. Cerita peribahasa: bidalan/Buku 7 Amir Hamzah Shamsuddin (Malungun) Penerbitan Kintan sdn. Bhd. 1995 2. Himpunan peribahasa dan simpulan bahasa KBSM Mohd. Tajudin Hashim S. Abdul Majeed 1990 3. Kamus istimewa peribahasa Melayu [tiada pengarang] Dewan Bahasa dan Pustaka 2007 4. Adat dan pantang larang orang Melayu A. Aziz Deraman Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd 1995 . 5.Pantang larang orang Melayu tradisional Wan Ramli Wan Muhammad Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000 | Lain-lain | 23.07.2007 |
Bolehkah "artwork" dalam Bahasa Inggeris di terjemah sebagai "seni kerja" dalam Bahasa Malaysia? "Reka bentuk" dan "seni kerja" adakah perkataan tersebut dieja sebagai satu perkataan atau diasingkan? | 'art work' boleh diterjemahkan kepada seni kerja. Ejaan reka bentuk dan seni kerja ditulis dalam dua perkataan. | Tatabahasa | 15.01.2011 |