Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam, Soalan saya berdasarkan pernyataan di bawah. "Maklumat di bawah menunjukkan bacaan suhu termometer bagi setiap selang masa 1 minit." Adakah penggunaan "setiap selang masa" di atas betul? Terima kasih. | Ayat di atas betul. Puan juga boleh menggunakan ayat berikut "Maklumat di bawah menunjukkan bacaan suhu termometer bagi selang masa 1 minit". | Tatabahasa | 08.04.2022 |
Saya ingin tanya tentang format karangan. Perlukah setiap perenggan pertama dalam setiap karangan dikehendaki 'selang masuk' sebelum mula menulis. Terdapat perbezaan antara pihak DBP dengan syarikat buku yang lain, dan ini telah menimbulkan kekeliruan pelajar dan guru. Diharapkan tuan dapat memberikan pertunjukan selanjutnya. Sekian, terima kasih. | Tidak ada format atau istilah "selang masuk" dalam pangkalan data kami. Jika inden yang tuan maksudkan penggunaannya dalam penulisan adalah seperti yang berikut: perenggan pertama dipanggil perenggan konsep ditulis bermula dari baris tepi, manakala perenggan kedua dan seterusnya (perenggan fizikal) ditulis dengan inden (lebih jauh dari baris tepi). | Tatabahasa | 28.04.2013 |
interval | jarak waktu, waktu selang | Lain-lain | 10.04.2007 |
internal | jarak waktu, waktu selang | Lain-lain | 09.04.2007 |
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan lat | Saudara Roseli, Makna perkataan lat ialah i. antara, selang ii. bp lambat, lewat iii. bilah buluh (pd kasau) iv. kenduri. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) melalui laman sesawang DBP. | Makna | 21.01.2010 |
Assalamualaikum dan Selamat pagi. Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Soalan: Ayat dalam bahasa inggeris untuk menerangkan selang kelas bagi nilai output atau pun nilai harta adalah | Harap maaf. Khidmat Bahasa DBP tidak memberi perkhidmatan penterjemahan. Kami memberi nasihat bahasa terhadap terjemahan yang telah dibuat. | Lain-lain | 13.05.2011 |
langkau dua baris tu macam mana sebab saya berminat nak buat cerpen dan novel tapi tak tahu. Mohon bantuannya | Langkau dua baris bermaksud selang sebanyak 2.0 yang boleh ditetapkan setting) pada ruangan paragraf. Dalam bahasa Inggeris, langkau dua baris bermaksud double spacing. | Lain-lain | 06.08.2022 |
munsyi, apakah perbezaan penggunaan antara suatu dengan satu? TQ | antara ialah kata tugas yang membawa maksud ruang dan bersinonim dengan jarak, selang jauh dan jurang dan suatu bermaksud hanya satu, satu saja , pertama-tama dan yang pertama. Contoh ayat ialah Ragam bahasa berbeza-beza antara seseorang dengan seseorang yang lain, atau antara suatu kelompok dengan kelompok masyarakat yang lain. satu ialah kata nama yang bermaksud bilangan 1, tunggal, esa, dan tidak ada yang lain lagi. Contoh ayat, Tuhan hanya satu. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
Tuan, Berdasarkan pautan ini (https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=penandatanganan&d=175768&), apakah ejaan yang sebenar? Majlis Menandatangani atau Majlis Penandatangan memandangkan dua jawapan berbeza dalam selang masa 8 tahun. Adakah jawapan tahun 2016 yang terkini? | Perkataan yang betul ialah "Majlis Penandatangan". Walau bagaimanapun, yang lazimnya digunakan oleh masyarakat ialah "Majlis Menandatangani". Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan dalam contoh frasa yang diberikan. | Ejaan | 06.04.2022 |
Assalamualaikum wbt. Adakah wujud terjemahan tertentu untuk perkataan ini: slip, lapse dan mistake dalam bahasa melayu? | Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. slip - slip, gelincir 2. lapse - luput, lelap, jurang, selang 3. mistake - silap, salah Penggunaan padanan bahasa Melayu yang diberikan bergantung pada konsep dan konteks. | Istilah | 21.05.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| selang (kata nama) | Bersinonim dengan lat, senggang, jarak, antara, lang, renggang, sela;, | | Kata Terbitan : berselang, berselang-seli, berselang-selang, menyelang, menyelangi, selangan, perselangan, penyelang, |
|
Puisi |
---|
|
Cincin perak permata baiduri, Selang dengan intan berlian; Kain kasar dalam duri, Takut koyak tarik perlahan.
Lihat selanjutnya... |
|