Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
INDIVIDU SEIMBANG (JERI) | Pertanyaan saudara tidak jelas. Sila nyatakan dengan lebih terperinci maksud pertanyaan saudara bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam perkara ini. | Lain-lain | 21.08.2010 |
Menurut Kamus Dewan, maksud "menyeimbangkan'=menjadikan seimbang manakala maksud "mengimbangkan"=menjadikan supaya seimbang. Contoh ayat : Penubuhan syarikat ini akan dapat meneruskan usaha menyeimbangkan /mengimbangkan kedudukan ekonomi antara semua golongan rakyat. Tidak nampak seperti ada apa-apa perbezaan maksud pun. Mohon jelaskan. | Berdasarkan definisi tersebut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama. | Tatabahasa | 14.08.2013 |
Amalkan pemakanan yang seimbang untuk menjamin kesihatan. Di manakah bahagian subjeknya? | Bahagian subjek dalam ayat yang diberikan ialah "Amalkan pemakanan yang seimbang". | Tatabahasa | 30.08.2013 |
Assalamualaikum Tuan, Apakah pandangan profesional tuan jika kami menterjemah kata SCORECARD menjadi "SKORKAD" dalam Bahasa Melayu dan kata BALANCED menjadi "SEIMBANG". Jika terjemahan ini betul, maka bolehlah kita menterjemah istilah BALANCED SCORECARD (istilah bidang pengurusan, perakaunan) menjadi "SKORKAD SEIMBANG" dalam Bahasa Melayu. Kerjasama dan pandangan tuan amat kami hargai. Sekian dan terima ksaih. | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah kad skor seimbang. | Istilah | 24.07.2008 |
Kemusykilan 1: MANA SATU YANG BETUL. a. Kami akan HADAPI segala rintangan yang mendatang. ATAU b. Kami akan MENGHADAPI segala rintangan yang mendatang. Kemusykilan 2: Mana satu betul. Apakah maksud makanan seimbang? a. Makanan yang SESUAI untuk keperluan tubuh. ATAU b. Makanan yang PENTING untuk keperluan tubuh. | 1. Kami akan MENGHADAPI segala rintangan yang mendatang. 2. Makanan seimbang ialah makanan yang SESUAI untuk keperluan tubuh. Antara maksud seimbang ialah sesuai. | Tatabahasa | 18.10.2011 |
Kebakaran secara terbuka menyebabkan eko-sistem kita tidak seimbang. | Ejaan yang betul ialah ekosistem. | Ejaan | 20.11.2011 |
Apakah perbezaan antara perkataan 'tentang', 'mengenai' dan 'terhadap' serta penggunaannya dalam konteks ayat? Contoh : Pegawai itu memberi taklimat mengenai / tentang pengambilan makanan seimbang. Penggunaan perkataan manakah yang paling sesuai, tentang atau mengenai? | 1. Kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contohnya: i. Mereka berbincang tentang masalah negara. ii. Kami berbual tentang kejadian rompakan itu. 3. Pegawai itu memberi taklimat tentang pengambilan makanan seimbang. 2. Perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut: 1. Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya. ii. Bola yang ditendangnya mengenai palang gol. 3. Kata sendi nama "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contohnya: i. Seorang ketua harus bersikap adil terhdap anak buahnya. ii. Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang. iii. Air bersifat lengai terhadap logam adi. | Tatabahasa | 15.09.2012 |
apakah maksud pincangan? | Perkataan pincangan tiada dalam data kami. Perkataan yang hampir ialah pincang iaitu tempang (kaki atau jalannya), incut; 2. ada kekurangannya (cacatnya dll), tidak seimbang, tidak setimpal, tidak sebagai yang sepatutnya (keadaan dll): manusia terjepit kerana susunan masyarakat yang kucar-kacir dan ~ itu; 3. tidak tetap peraturan jalannya atau bunyinya (enjin kereta, jam, dll); ~-pincung tidak teratur (perjalanannya); memincangkan menyebabkan pincang: beramal tanpa ilmu boleh merosakkan diri dan berilmu tanpa amal akan ~ hidup; kepincangan 1. perihal pincang: sebetulnya ~ ekonomi dan sosial di Eropah menyebabkan separuh negeri di sana condong kpd komunis; 2. keadaan yg tidak seimbang atau tidak sbg yg sepatutnya, kekurangan, cacat cela. | Makna | 01.02.2013 |
Apakah bedanya di antara "Menyeimbangkan" dgn "Mengimbangkan"? | Menurut Kamus Dewan, menyeimbangkan ialah menjadikan seimbang (tetap, tidak turun naik, dsb): tugas utama kabinet baru ini ialah ~ ekonomi; kerajaan berhasrat menyusun semula masyarakat untuk ~ kedudukan ekonomi; Mengimbangkan pula ialah menjadikan supaya berimbang (sebanding): penubuhan syarikat ini akan dapat meneruskan usaha ~ kedudukan ekonomi antara semua golongan rakyat dalam negara ini; ~ kira-kira; | Tatabahasa | 12.08.2013 |
saya mahasiswa YIU ingin bertanya ?bagaimanakah bacaan dalam pantun | Untuk makluman saudara, pantun dibaca atau dipersembahkan mengikut gaya masing-masing, tetapi dicadangkan supaya mengikut panduan berikut: 1. Gerak-geri yang seimbang dengan pantun. ( Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman). Aksi tersebut tidak boleh berlebihan. 2. Intonasi dan Jeda. Jeda ialah nada/hentian sebutan bagi suku kata pada setiap baris. Intonasi pula ialah nada bagi memisahkan maksud dengan pembayang maksud pantun. 3. Kelancaran. Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan. | Lain-lain | 14.07.2010 |