Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Seorang doktor perempuan sedang membawa pesakit untuk meletakkan di atas tilam. 2. Jururawat itu sedang membawa warga tua menaiki kerusi roda. 3. Jururawat Sakina sedang menyorong kerusi roda yang ada Pak cik Leng. 4. Seorang jururawat sedang membawa seorang lelaki yang duduk di atas kerusi roda itu. 5. Jururawat menolak kerusi roda yang diduduk oleh pesakit itu. 6. Seorang jururawat yang bernama Faizah sedang menyorong seorang pesakit tua. | 1. Seorang doktor perempuan sedang membawa pesakit untuk diletakkan di atas tilam. 2. Jururawat itu sedang menyorong warga tua yang menaiki kerusi roda itu. 3. Jururawat Sakina sedang menyorong kerusi roda yang dinaiki oleh Pak cik Leng. 4. Seorang jururawat sedang menyorong seorang lelaki yang duduk di kerusi roda itu. 5. Jururawat menolak kerusi roda yang diduduki oleh pesakit itu. 6. Seorang jururawat yang bernama Faizah sedang memimpin seorang pesakit tua. | Tatabahasa | 10.08.2013 |
Adakah ayat berikut betul? 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Terima kasih. | 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Ketiga-tiga ayat tersebut betul - sedang ialah kata bantu aspek yang menimbulkan suasana perbezaan masa dan tidak menekankan perbuatan mana yang hendak didahulukan. | Tatabahasa | 07.05.2010 |
mana yang betul,peperiksaan sedang dijalankan atau peperiksaan sedang berjalan, mengapa? | yang betul dan tepat ialah Peperiksaan sedang berlangsung. Kata 'jalan' (sesuatu yang bergerak) , mestilah dipadankan dengan sesuatu/perkara yang kita nampak, tetapi di sini peperiksaan bukanlah perkara yang kita nampak. Jadi perkataan dijalankan tidak sesuai. Terima kasih. | Makna | 30.08.2007 |
Antara ayat yang berikut yang manakah betul tatabahasanya? 1. Ali sedang menyimpan dan mengumpul bahan dalam fail. 2. Ali sedang mengumpul dan menyimpan bahan dalam fail. 3. Ali sedang menyimpan dan mengumpul bahan ke dalam fail. 4. Ali sedang mengumpul dan menyimpan bahan ke dalam fail. 5. Ali sedang menyimpan dan mengumpul bahan di dalam fail. 6. Ali sedang mengumpul dan menyimpan bahan di dalam fail. Sekian, terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Ali mengumpul dan menyimpan bahan di dalam fail". | Tatabahasa | 12.09.2011 |
Yang manakah ialah ayat songsang bagi ayat di bawah? Ali sedang membaca buku di dalam bilik. A) Sedang membaca buku di dalam bilik Ali B) Di dalam bilik sedang membaca buku Ali C) Di dalam bilik Ali sedang membaca buku. Sila sertakan penerangan. Terima kasih. | A) Sedang membaca buku di dalam bilik Ali - seluruh predikat di bawa ke hadapan (sedang membaca buku di dalam bilik) mendahului subjek (Ali). Untuk maklumat lanjut lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 479. | Tatabahasa | 31.10.2011 |
Saya ingin tahu yang mana penggunaan label yang betul? "PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN" atau "PEPERIKSAAN SEDANG BERJALAN". Mohon sedikit huraian berkaitannya. | Penggunaan label yang betul ialah Peperiksaan sedang berlangsung. Kata 'jalan' (sesuatu yang bergerak) ia, mestilah dipadankan dengan sesuatu/perkara yang kita nampak, tetapi di sini peperiksaan bukanlah perkara yang kita nampak. Jadi perkataan dijalankan tidak sesuai. Terima kasih. | Tatabahasa | 16.02.2007 |
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Kelihatan seorang jururawat sedang memberikan satu suntikan di lengan seorang pesakit. 2. Seorang jururawat sedang menyelimutkan pesakit. 3. Terdapat beberapa orang pesakit yang ada di hoospital. 4. Seorang doktor sedang menyuluh lampu di mata pesakit. 5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang dibawa oleh jururawat. | 1. Ayat pertama betul. 2. Seorang jururawat sedang menyelimuti pesakit dengan selimut. 3. Terdapat beberapa orang pesakit berada di hospital. 4. Seorang doktor sedang menyuluh ke dalam mata pesakit. 5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang disorong oleh jururawat. | Tatabahasa | 13.08.2013 |
Ayat manakah yang betul? 1. Anda sedang diperhatikan atau anda sedang diperhati. 2. Menjalani kehidupan atau menjalankan kehidupan. Terima kasih. | Salam sejahtera, Bagi frasa yang pertama jawapan yang betul adalah 'Anda sedang diperhatikan' manakala frasa yang kedua jawapan yang betul ialah 'menjalankan kehidupan' Hal ini kerana, bagi frasa yang pertama merupakan apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Segala ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan -kan. Contohnya "memberikan" (bentuk aktif) dan "diberikan" (bentuk pasif). Bagi frasa kedua pula, apitan meN...i perlu diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Dalam hal ini penggunaan apitan meN...i dan meN...kan akan menentukan objek yang mengikutinya sama ada objek bernyawa atau tidak bernyawa. Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak), dan apitan meN...i menunjukkan objek yang mengikutinya itu tidak bergerak, contohnya Ayah menaiki tangga (tangga - tidak bergerak). Contoh frasa yang diberikan ialah 'menjalankan kehidupan' men-...-kan perlu diikuti objek yang tidak bernyawa iaitu 'kehidupan'. Jadi jawapan yang tepat ialah 'Menjalankan kehidupan'. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 - 207. | Tatabahasa | 21.10.2012 |
Adakah ayat-ayat di bawah betul? 1. Apakah yang emak sedang membuat? 2. Apakah yang emak sedang buat? 3. Apakah yang sedang dibuat oleh emak? | Puan Ng, Ayat yang betul ialah 'Apakah yang sedang dibuat oleh emak?' | Tatabahasa | 21.06.2010 |
1. Muthu sedang mencuci baju di dalam tandas pada waktu peatng. 2. Muthu sedang mencuci baju di dalam tandas. Adakah ayat-ayat di atas adalah betul? | 1. Muthu sedang mencuci baju di dalam tandas pada waktu peatng. 2. Muthu sedang mencuci baju di dalam tandas. Kedua-dua ayat tersebut betul dan ayat pertama merupakan ayat majmuk. | Tatabahasa | 11.06.2009 |