Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Siapa saya dalam buku Salina | Pertanyaan saudara tidak jelas. Adakah saudara bermaksud ganti nama saya itu adalah merujuk saudara sebagai pembaca teks novel Salina atau sebagai ganti nama saya yang merujuk pada watak-watak tertentu dalam novel Salina. Jika soalan saudara itu merujuk diri saudara sebagai pembaca teks, maka saudara sendirilah yang menentukannya mengikut perspektif saudara hasil daripada dapatan bacaan saudara. Jika saudara bermaksud untuk merujuk ganti nama saya itu sebagai merujuk pada watak tertentu dalam novel Salina maka saudara akan menemui puluhan ganti nama saya digunakan secara meluas untuk merujuk ganti nama bagi watak-watak seperti Zarina, Siti Salina, Benggali dan sebagainya. Sila pastikan maksud/tujuan sebenar soalan yang saudara kemukakan. salam takzim | Lain-lain | 11.11.2010 |
Dalam bentuk ayat adakah penggunaan "saudara-saudari sekalian" dan " di kalangan saudara- saudari" betul, ataupun "saudara saudari sekalian" dan "dikalangan saudara saudari" ? | Frasa yang betul ialah dalam kalangan saudara saudari..., saudara saudari sekalian... | Tatabahasa | 22.01.2013 |
Bagaimana hendak menjadi penulis yang baik? | Soalan saudara terlalu umum kerana saudara tidak menyatakan bidang apa yang saudara minati. Oleh itu, pertama sekali saudara perlu kenal pasti karya apa yang saudara hendak tulis misalnya karya kreatif seperti novel, cerpen, dan puisi; atau karya umum seperti buku motivasi dan lain-lain. Untuk belajar menjadi penulis kreatif misalnya, terlebih dahulu saudara perlu banyak membaca karya orang lain. Teliti cara penulis itu menulis dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, latar, gaya, bahasa, teknik dan lain-lain. Untuk menulis karya umum pula, saudara perlu mempunyai ilmu yang cukup tentang bidang yang saudara hendak tulis. Kemudian bacalah buku panduan tentang teknik penulisan yang kini terdapat banyak di pasaran. Selain daripada pembacaan, saudara boleh mengikuti bengkel-bengkel penulisan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, persatuan penulis, penerbit swasta, syarikat akhbar, akademi penulis dan lain-lain. Cubalah menulis karya yang pendek dahulu seperti cerpen, puisi, atau esei dan hantar kepada surat khabar atau majalah kerana untuk menjadi penulis yang baik, ia perlu melalui proses pengalaman yang panjang. Dan, mahu tidak mahu, untuk menjadi penulis yang baik juga ia banyak bergantung kepada bakat seni yang semula jadi di dalam diri. | Lain-lain | 04.12.2010 |
Saya berminat menghantar manusktip novel, siapakah pihak DBP yang boleh dihubungi? | Saudara boleh menghantar manuskrip saudara kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur, sekiranya karya saudara untuk bacaan dewasa, jika untuk kanak-kanak dan remaja, saudara boleh menghantarnya kepaa Ketua, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 11.11.2010 |
nyatakan 24 sistem dalam bahasa melayu? | Pertanyaan saudara tidak jelas. Sila jelaskan dengan lebih terperinci pertanyaan ini bagi membolehkan pihak kami membantu saudara. Sekiranya saudara maksudkan sistem ejaan bahasa Melayu, saudara boleh merujuk Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu dalam Daftar Kata Bahasa Melayu, Edisi Kedua, terbitan DBP | Tatabahasa | 01.11.2010 |
tuan, yang manakah ejaan yang betul? sanak saudara atau sanak-saudara | Ejaan yang betul ialah sanak saudara. | Ejaan | 16.07.2012 |
Ruangan manakah yang saya boleh salurkan bakat saya mencipta sajak atau pantun dalam web ini? | Saudara boleh menghantar karya saudara kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. Saudara juga boleh menghantar karya saudara kepada Ketua Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 09.05.2013 |
Saudara, Apakah 'laminating sheet' di dalam bahasa Melayu? Saya tidak dapat mencari perkataan Melayu bagi item ini sedangkan laminating sheet ini kerap digunakan di sekolah-sekolah. Terima Kasih. Yang Fakir, Sodiqin | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "laminating sheet". Walau bagaimanapun, terdapat istilah untuk "laminating", iaitu perlaminaan dan istilah untuk "sheet" ialah helaian, kepingan dan lapisan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah lapisan perlaminaan atau helaian perlaminaan. | Istilah | 16.07.2013 |
Saudara & saudari, Bolehkah berikan padanan untuk "stilt walker" dalam bahasa Melayu. | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu dalam pangkalan data kami untuk stilt walker. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk stilt ialah kaki bajang. Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah orang kaki bajang. | Istilah | 12.06.2012 |
Saudara, Apakah gunanya diwujudkan ruang Khidmat Nasihat DBP ini seandainya soalan-soalan yang dikemukakan tidak pun dijawab? Saya berasa amat kesal. | Khidmat Nasihat DBP merupakan salah satu saluran untuk membantu pelanggan dalam hal kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Jawapan yang kami berikan berdasarkan maklumat dalam sumber rujukan kami. Sebagai pengguna bahasa kita boleh merujuk sumber primer dan sekunder termasuk institusi lain seperti ITNM, pusat bahasa di IPTA, pakar bahasa selain buku tatabahasa. | Lain-lain | 18.04.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata saudara |
|
Puisi |
---|
|
Dapat seekor ikan tenggalan, Lalu ditaruh di atas peti; Saudara-mara dapat berkenalan, Bertambah mesra kasih di hati.
Lihat selanjutnya... |
|