Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Antara "di kalangan" dan "dalam kalangan", yang mana satu betul? Misalnya, 1. Dia satu-satunya orang Asia di kalangan peserta seminar. atau 2. Dia satu-satunya orang Asia dalam kalangan peserta seminar. | Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat. Sementara kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian 'lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak'. Oleh itu, kata sendi nama yang tepat ialah 'dalam kalangan'. Oleh itu, ayat yang betul ialah "Dia satu-satunya orang Asia dalam kalangan peserta seminar". | Tatabahasa | 16.06.2011 |
Apakah yang dimaksudkan dengan bitara, nilai-nilai bitara dan kebitaraan. | Bitara bermaksud tiada taranya atau hanya satu-satunya. Kebitaraan bermaksud hal keadaan tiada taranya itu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/artikel yang berkaitan. | Makna | 15.04.2011 |
Encik, Apakah maksud perkataan 'kebitaraan'? Terima kasih. | Cadangan kami ialah unik atau tiada bandingannya. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bitara bermakna satu-satunya dan tiada taranya. | Tatabahasa | 17.02.2009 |
makna dan penggunaan perkataan vitara | Dalam rujukan kami tiada perkataan vitara. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat terdapat entri 'bitara' bermaksud tiada taranya, hanya satu-satunya. | Makna | 13.01.2010 |
Encik, Apakah maksud perkataan 'kebitaran'? Terima kasih. | Perkataan ini tiada dalam rujukan kami. Perkataan yang paling hampir ejaan dengan perkataan tersebut ialah bitara yang bermakna tiada taranya, hanya satu-satunya. | Tatabahasa | 11.02.2009 |
sekaligus atau sekali gus? | Salam sejahtera, Sekali gus dieja secara terpisah. Bagi memudahkan saudara untuk menyemak perkataan yang ejaannya meragukan, saudara bolehlah menggunakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu. DBP satu-satunya badan bahasa di Malaysia yang diiktiraf untuk menentukan perkara yang berkaitan dengan bahasa Melayu. | Tatabahasa | 01.11.2012 |
Salam sejahtera!Saya ingin bertanya apakah perbezaan antara perkataan "sekadar" dan "sahaja"? Saya perhatikan kedua-dua perkataan membawa maksud cuma, hanya, tetapi kurang pasti bagaimana menjelaskan kepada para pelajar. Terima kasih! | Sekadar bermaksud selaras dengan (keperluan),sepadan dan sesuai dengan, contohnya Dia membeli barang keperluan sekadar yang mampu. Manakala sahaja pula bermaksud hanya, cuma dan hanya satu-satunya, contohnya, tuan sahaja yang dapat menolong saya | Tatabahasa | 15.05.2013 |
Salam, sekali lagi saya ingin bertanyakan soalan kepada pihak tuan/puan. Ayat manakah yang lebih tepat sama ada 'Kad Pendaftaran Jualan Pekebun Kecil Getah' atau 'Kad Jualan Pekebun Kecil Getah'. Untuk makluman tuan/puan, salah satu ayat di atas akan digunakan untuk dicetak ke atas Kad yang akan digunakan oleh pekebun kecil untuk menjual getah mereka kepada peniaga getah. Mohon pihak tuan/puan untuk mengkaji penggunaan bahasa pada ayat-ayat di atas atau memilih salah satunya supaya satu ayat yang lebih tepat dan menunjukkan identiti kad tersebut dapat dihasilkan sebelum ianya dicetak ke atas kad. Terima kasih. | Encik Mohd Termizi, Jawapan yang betul ialah 'Kad Pendaftaran Jualan Pekebun Kecil Getah' terima kasih. | Tatabahasa | 25.02.2010 |
Salam sejahtera, perkara yang ingin saya sentuh di sini hanya berkaitan dengan contoh yang diberikan oleh pihak tuan berhubung imbuhan 'ter-' yang bergabung dengan kata kerja 'duduk' menjadi 'terduduk',Penjelasan tentang perkara itu saya memang jelas dan faham bahawa imbuhan 'teR-' juga merupakan salah satu imbuhan untuk Kata kerja yang salah satunya membawa makna 'dalam keadaan tersedia'. Cuma beza antara 'terduduk' dengan 'terdesak' ialah 'terduduk' tidak boleh didahului atau didiikuti oleh kata penguat sedangkan 'terdesak' boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Oleh yang demikian, saya merumuskan bahawa 'terdesak' dan 'terduduk' terdiri daripada dua golongan kata yang berbeza walaupun kedua-dua kata dasar ini ialah kata kerja (desak dan duduk), iaitu 'terdesak' ialah kata adjektif manakala 'terduduk' ialah kata kerja. Rumusan yang saya buat ini mungkin kurang tepat dan jika ada kesalahan, saya berharap pihak tuan boleh memperbetul kesalahan tersebut. Oleh sebab itulah timbulnya persoalan saya tentang kata penguat yang merujuk kepada darjah penghabisan paling dan sekali yang boleh hadir bersama- sama perkataan terdesak, contohnya 'Dalam keadaan paling terdesak, saya terpaksa meminjam wang daripada ceti haram). | Dalam hal ini kita perlu melihat kepada kelas kata tersebut, duduk dan desak ialah kata kerja. Sedangkan darjah penghabisan mengungkapkan penggunaan kata adjektif melalui cara-cara yang dinyatakan. Tidak ada contoh penggunaan paling terdesak/sangat terdesak dalam pangkalan data kami. Penggunaan tersebut tidak gramatis dan mungkin banyak digunakan dalam bahasa Percakapan. Ayat yang betul ialah dalam keadaan terdesak, saya terpaksa meminjam wang daripada ceti haram. | Tatabahasa | 30.01.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| satu (kata nama) | Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;, | | Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan, |
|
|