Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Mohamad Firdaus Ismail FRI 23:07 Mohamad Firdaus Ismail Mohamad Firdaus Salam. Sekadar makluman. Buku yang dibeli dari koperasi pihak tuan sudah 2 minggu tidak sampai-sampai. | Tuan boleh menghubungi koperasi melalui talian 03-21455501untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 14.10.2016 |
... tidak sampai di destinasinya. atau ... tidak sampai ke destinasinya.? ... tidak sampai ke peti masuk (inbox). ... atau ... tidak sampai di peti masuk (inbox).? Terima kasih. | dua-dua boleh digunakan kerana di dan ke digunakan di hadapan kata nama/ frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
Yang mana betul? 1. Dia sampai lewat di sekolah. 2. Dia lewat sampai di sekolah. Soalan: Bagi "sampai lewat" ia adalah FK dengan intinya "sampai" dan keterangannya "lewat". Tetapi kalau kita anggap "lewat sampai" sebagai FA, dengan intinya "lewat"....macam betul juga. | Kedua-dua ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 03.04.2012 |
1. sampai ke rumah / sampai di rumah 2. tiba di destinasi / tiba ke destinasi | Jawapan yang betul ialah 1. sampai ke rumah, 2. tiba ke destinasi. | Tatabahasa | 11.03.2010 |
salam sejahtera ! 1. sampai di sekolah 2. sampai ke sekolah 3. diantara saya dan ibu 4. diantara saya dengan ibu Mohon pandangan tuan, yang mana betul... T.kasih | 1. Sampai di sekolah - menunjukkan tempat ketibaannya, kata sendi nama "ke" menunjukkan arah atau tempat yang ditujui seperti "berjalan kaki ke sekolah". 3. "Antara saya dengan ibu". | Tatabahasa | 23.07.2015 |
Makna atau maksud perkataan "sampai" di dlm ayat "Jangan sampai aku marah" atau "Jangan sampai dia tahu" | Makna sampai mengikut Kamus Dewan - sehingga menjadi- | Makna | 17.08.2007 |
TADIKAH AWAK SAMPAI? | BILAKAH AWAK SAMPAI? | Tatabahasa | 11.10.2010 |
Untuk dua frasa ini, yang mana betul? "Apabila sampai di rumah, ..." atau "Apabila sampai ke rumah,...", Ada buku teks BM yang tulis "..tiba ke destinasi..",bukankah sepatutnya "..tiba di destinasi..."? | Pada pandangan kami yang betul ialah " apabila sampai di rumah" dan " tiba di destinasi". Kata sampai dan destinasi sudah membawa maksud berada di tempat tersebut. | Tatabahasa | 30.09.2006 |
1. Sampai mana harga saham ini akan turun? 2. Sampai tahap apa harga saham ini akan turun? Yang manakah ayat yang gramatis? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Sampai mana harga saham ini akan turun?". | Tatabahasa | 15.08.2013 |
Adakah kata tanya MESTI diikuti partikel '-kah'? Contoh: Bila / Bilakah kamu sampai? Terima kasih. | Tidak semua kata tanya perlu diikuti dengan partikel kah, sebaliknya penggunaan partikel kah mengikut kesesuaian ayat tersebut. Contoh ayat: Bila kamu sampai? dan Bilakah kamu sampai?, kedua-duanya ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 08.07.2010 |