Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah ayat berikut betul? 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Terima kasih. | 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Ketiga-tiga ayat tersebut betul - sedang ialah kata bantu aspek yang menimbulkan suasana perbezaan masa dan tidak menekankan perbuatan mana yang hendak didahulukan. | Tatabahasa | 07.05.2010 |
Sambil duduk-duduk di ruang tamu, ibu dan bapa berbual-bual______kerenah anak mereka. A tentang B mengenai C oleh D dengan mUNSYI, JAWABAN IALAH B, MENGAPAKAH A TIDAK SESUAI? | Jawapan B (mengenai) adalah betul kerana kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum atau mujarad. Contohnya: Mereka berbincang tentang masalah negara. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 278. | Tatabahasa | 15.04.2012 |
sambalewa atau sambil lewa? | Sambil lewa. | Ejaan | 07.10.2011 |
Adakah ayat-ayat berikut betul? 1. Adam berlari ulang-alik sambil menyentuh skital. 2. Adam menyentuh skital sambil berlari ulang-alik. 3. Siti dan Mimi melambung dan menyambut bola sambil berlari. 4. Siti dan Mimi berlari sambil melambung dan menyambut bola. 5. Lukisan yang dipamerkan itu cantik-cantik belaka. terima kasih. | Ayat pertama hingga ayat keempat betul, manakala ayat kelima perlu diperbetulkan menjadi Lukisan yang dipamerkan itu cantik belaka. | Tatabahasa | 27.03.2012 |
adakah kedua-dua ayat ini betul? 1) Ibu memasak nasi di dapur sambil menyanyi. 2) Ibu memasak nasi sambil menyanyi di dapur. | 1) Ibu memasak nasi di dapur sambil menyanyi. 2) Ibu memasak nasi sambil menyanyi di dapur. Kedua-dua ayat ini betul, walau bagaimanapun ayat pertama lebih gramatis. | Tatabahasa | 21.05.2009 |
1. Rita berehat sambil mendengar radio di bawah pokok. 2. Rita berehat di bawah pokok sambil mendengar radio. 3. Rita mendengar radio sambil berehat di bawah pokok. Dari segi bahasa, sila memberikan nasihat mengenai struktur ayat yang betul. Terima kasih. | Cik Ng, ketiga-tiga ayat di atas betul. Cuma kita kena tahu apakah sebenarnya, atau fokus kita semasa menulis ayat tersebut. Terima kasih | Tatabahasa | 17.01.2009 |
Saya pernah bertanya tentang penggunaan perkataan sambalewa dan sambil lewa. Jawapan yang diberikan ialah perkataan sambil lewa lebih tepat penggunaannya. Saya merujuk Kamus Dewan, perkataan sambalewa membawa maksud sama dengan sambil lewa yang boleh digunakan dalam ayat. | Kamus Dewan berperanan merakam semua kata masukan yang digunakan oleh masyarakat berdasarkan ciri tertentu. Sila baca dan fahami bahagian prelim termasuk prakata Kamus Dewan. | Tatabahasa | 30.03.2010 |
Kepada atau pada: a) Joanne melekat kembali kepada Aisha sambil menunjukkan riak wajah takut. b) Joanne melekat kembali pada Aisha sambil menunjukkan riak wajah takut. | Joanne melekat kembali pada Aisha sambil menunjukkan riak wajah takut. | Tatabahasa | 19.09.2011 |
1. sambil lewa atau sambalewa ? | Yang betul ialah sambil lewa. | Tatabahasa | 11.12.2009 |
1. air sangat berguna kepada manusia. atau untuk manusia. 2. mereka sedang menepuk tangan sambil menyanyi atau bertepuk tangan sambil menanyi. 3. gantinama "nya" boleh digunakan untuk bukan manusia contoh anjing itu sedang makan daging itu. daging yang dimakannya itu sangat besar. dia membeli banyak barang antaranya ialah ...... . Terima kasih | 1. Yang paling tepat ialah "air sangat berguna kepada manusia". 2. Yang paling tepat ialah "mereka bertepuk tangan sambil menyanyi". 3. Nya ialah kata ganti nama diri orang ketiga, oleh itu tidak boleh digunakan untuk bukan manusia. Walau bagaimanapun nya juga bermaksud oleh, iaitu yang tersebut terlebih dahulu. | Tatabahasa | 10.10.2009 |