Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Selamat sejahtera. Saya menghadapi masalah tentang 2 soalan yang muncul dalam kertas ujian Tahun 6. Soalannya ialah: 1. Manaf bermain di halaman. ( Adakah ayat ini betul? Ataupun ayat sepatutnya begini: Manaf bermain di halaman rumah? ) 2. Hatinya ____ apabila mendengar berita bahawa emaknya dimasukkan ke dalam hospital. A. runsing B. pedih C. gempar D. murung ( Apakah jawapan yang lebih sesuai dalam konteks ayat ini? ) ( Guru yang menyediakan soalan memberikan jawapannya 'A'. Namun, saya merujuk kepada Kamus Dewan, saya dapati 'pedih' boleh menjadi jawapan yang sesuai. Jawapan saya tidak diterima. ) Bolehkah tuan memberikan saya jawapan yang sebenar? Saya dahulukan ucapan ribuan terima kasih jika tuan dapat membantu saya. | 1. Ayat yang betul ialah " Manaf bermain di halaman rumah.". 2. Hatinya ____ apabila mendengar berita bahawa emaknya dimasukkan ke dalam hospital. A. runsing B. pedih C. gempar D. murung Jawapan yang lebih sesuai ialah runsing. | Tatabahasa | 15.05.2013 |
1.Keadaan lalu lintas menjadi tenang pada waktu malam. 2.Hujan mulai tenang pada waktu petang selepas beberapa jam turun dengan lebatnya. Ada salah tak? | Tenang bermaksud: 1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dll); dan 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan). Berdasarkan definisi dalam Kamus Dewan perkataan tenang tidak sesuai digunakan dalam ayat contoh yang tersebut, sebaliknya perkataan reda lebih sesuai digunakan. | Tatabahasa | 25.02.2012 |
Adakah kedua-dua ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi struktur ayat? 1) Hanya Encik Munir dan Encik Mustafa akan pergi persidangan itu. 2) Puan Zuraini sangat gundah-gulana apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya. | Berikut merupakan ayat yang lebih gramatis. 1. Hanya Encik Munir dan Encik Mustafa yang akan pergi ke persidangan itu. 2. Puan Zuraini sangat runsing apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya. | Tatabahasa | 09.07.2013 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan huru-hara dan haru-biru dari segi penggunaan? Harap dapat keterangan yang jelas. Terima kasih. | Haru-biru ialah haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan: kota yang dahulunya sangat tenang telah menjadi haru-biru; Mengharu-birukan 1. menimbulkan kerusuhan (kekacauan dan lain-lain), mengelam-kabutkan, mengacau-bilaukan: rusuhan itu telah mengharu-birukan suasana di bandar itu; 2. menyebabkan sangat gelisah (runsing dan sebagainya): yang sangat mengharu-birukan fikirannya ialah perceraian anaknya; masalah itu mengharu-birukan fikirannya; keharu-biruan keadaan haru-biru: keharu-biruan yang berlaku dalam mimpinya itu pasti akan menambah tekanan jiwanya. Huru-hara ialah dalam keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yang aman akan huru-hara akibat hasutan daripada anasir-anasir komunis; 2. dalam keadaan kelam-kabut (tidak keruan dan sebagainya): dia bimbang kalau diisytiharkan pada waktu itu, akan huru-haralah tentera yang berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dengan tidak tentu tujuan: janganlah huru-hara ke sana ke mari dengan kawan-kawan pada waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramalkan bahawa huru-hara akan berlaku di negeri itu dalam tahun 1990-an; | Tatabahasa | 08.07.2013 |
Salam sejahtera, saya menghadapi kemusykilan dalam penggunaan kata sendi nama "akan". Menurut Tatabahasa Dewan edisi keempat, kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Adakah ini bermakna sekiranya kata/frasa nama itu bukan merujuk manusia, maka kata sendi nama akan tidak boleh digunakan? Contohnya dalam ayat, "Mulai hari ini, Nurul tidak perlu runsing akan wang lagi." Adakah penggunaan kata sendi nama "akan" dalam ayat ini betul? Saya tidak pasti sama ada "akan" boleh digunakan dalam ayat ini atau tidak kerana kata nama yang mengikuti kata sendi nama "akan" dalam ayat ini, yakni "wang" merujuk kepada benda dan bukannya manusia. Sekiranya "akan" digunakan dalam ayat ini, maka penggunaan "akan" telah melanggar hukum tatabahasa yang menyatakan bahawa "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia. Dalam konteks sedemikian, perkataan "akan" boleh diterima atau perlu diganti dengan perkataan yang lain?Mohon beri tunjuk ajar. Sekian, terima kasih. | Penggunaan kata sendi nama "akan" seperti yang dijelaskan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 282 - 283. Yang dimaksudkan dengan keterangan yang merujuk manusia ialah subjek yang terletak di hadapannya, bukan unsur yang mengikuti kata sendi nama selepasnya. Oleh itu, dalam ayat contoh yang diberikan, iatu "Mulai hari ini, Nurul tidak perlu rungsing akan wangnya lagi" (ayat yang sepatutnya), yang dikatakan merujuk manusia ialah Nurul, bukan wang. Sila lihat contoh ayat yang bernombor 340 dan 342 dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dalam ayat 340, yang dirujuk sebagai manusia ialah rakyat, bukan negara. Begitu juga dengan ayat bernombor 342, manusia dalam ayat tersebut ialah kami, bukan kelakuan. Semoga dengan penjelasan ini, dapat menghuraikan kekeliruan saudara dari aspek penggunaan kata sendi nama "akan". | Tatabahasa | 10.06.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| runsing | | Rujuk :risau |
|
Puisi |
---|
|
Pakai cincin di jari manis, Cincin suasa permata dua; Adik runsing jangan menangis, Nanti tiba masa kita berdua.
Lihat selanjutnya... |
|