Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya nak tahu apa penterjemahan untuk perkataan "SMS Banking" dalam bahasa malaysia ? Bolehkah saya gunakan "Perbankan Sistem Pesanan Ringkas" atau "Perbankan Khidmat Pesanan Ringkas" ? | Padanan yang sesuai ialah perbankan khidmat pesanan ringkas. | Istilah | 16.07.2008 |
Assalamualaikum,apakah yang dimaksudkan dengan bahasa sms, bahasa slanga dan sila sertakan contohnya..terima kasih | Bahasa sms ialah bahasa yang digunakan dalam khidmat pesanan ringkas., iaitu teks ringkas yang dihantar dan diterima. Cth. sek.-sekolah,bgn.-bangunan. Bahasa slanga ialah kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku. Contoh: balun-pukul. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 20.03.2008 |
PERKATAAN RINGKAS : Sila nyatakan bagi perkataan berikut ; (1) Pengarah. (2) Penolong (3) Jabatan (4) Timbalan (5) Komander (6) Briged (7) Pegawai (8) Pemerintah (9) Batalion (10) Kompeni (11) Pelatun (12) Seksyen (13) Kontinjen. | Soalan tuan tidak jelas. Untuk carian makna, tuan boleh menggunakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu dengan melayari prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 27.09.2013 |
sejarah ringkas mengenai perkembangan sastera unsur-unsur penting dalam puisi,cerpen dan novel | Sila rujuk buku terbitan DBP yang berikut: 1. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Novel oleh S. Othman Kelantan dan Abdullah Tahir 2. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Cerpen oleh Othman Puteh dan Ramli Isin 3. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Drama oleh Abdul Rahman Napiah 4. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Kritikan oleh Hashim Awang 5. Siri Lestari Sastera: Sejarah Kesusasteraan Melayu. | Lain-lain | 08.09.2009 |
Penerangan ringkas atau definisi bahasa sastera. | Bahasa yang digunakan dalam bidang sastera. | Lain-lain | 21.02.2009 |
Huraian ringkas tentang penggolongan kata mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Terima kasih | Golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat ,iaitu kata nama,kata kerja,kata adjektif dan kata tugas. Sila rujuk buku tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk huraian lengkap, halaman 81. | Tatabahasa | 05.09.2008 |
jelaskan dengan ringkas apakah perbezaan diantara profesion dan pekerjaan | Profesion ialah pekerjaan yang selalunya memerlukan kelayakan yang tinggi dan latihan khas, misalnya dalam bidang undang-undang, perubatan dan perakaunan. Manakala pekerjaan ialah sesuatu yang dilakukan atau diusahakan secara berterusan untuk mencari nafkah. | Makna | 26.07.2009 |
SMS, istilah BM Sistem Pesanan Ringkas. Kenapa tidak kita terima Sistem Mesej Singkat? Singkatannya juga SMS. Saya rasa Puan Noresah Baharom pernah menggunakannya. | Y.Bhg. Datuk, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Memang betul Puan Noresah pernah menggunakan Sistem Mesej Ringkas tetapi setelah diteliti dan juga setelah dibincangkan kita telah membuat keputusan bahawa Sistem Pesanan Ringkas adalah lebih tepat dan lebih berbunyi Melayu daripada Sistem Mesej Ringkas. Terima kasih. | Istilah | 18.09.2009 |
nota ringkas kata sapaan kehormat dan ganti nama keluarga rakyat biasa | Untuk makluman saudara tidak ada nota ringkas tentang penggunaan kata sapaan sama ada yang bergelar (daripada istana/kerajaan) atau tidak bergelar. Hal ini ditulis dengan jelas dalam buku Protokol di Malaysia: Tradis & Amalan (tulisan Moktar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri, terbitan DBP). | Lain-lain | 05.07.2009 |
Boleh terangkan secara ringkas,perbezaan dan persamaan antara 'pantun', 'sajak', 'puisi', 'syair', 'gurindam' dan 'seloka'? | Secara ringkas persamaan pantun, syair, seloka dan gurindam adalah dikenali sebagai puisi Melayu tradsional atau puisi lama/klasik. Manakala sajak dikenali sebagai puisi moden. Pantun terdiri daripada empat baris serangkap. Dua baris awal dikenali sebagai pembayang atau sampiran. dua baris akhir dikenali sebagai isi atau maksud. Manakala rima ujung bagi pantung empat kerat ialah a-b-a-b. Bagi syair pula mengandungi empat baris serangkap. Keempat-empat baris ini terdiri daripada isi. Rima akhir pula a-a-a-a. Seloka juga dikenali sebagai puisi tradisional yang disusun secara berangkap. Namun setiap rangkap tidak tetap, justeru rima akhir adalah bebas. Isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek seperti Seloka Pak Kaduk. Gurindam yang juga dikenali sebagai puisi lama hanya terdiri daripada dua baris serangkap. Dalam baris pertama tersimpul fikiran yang berupa soalan. dalam baris kedua pula termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Contoh dalam salah satu Gurindam Dua Belas karangan Pujangga Raja Ali Haji, iaitu "Jika ada tidak dilatih/Bila besar bapanya letih"/ Rima akhir pula a-a. Sajak yang dikenali sebagai puisi moden atau baru adalah bebas daripada peraturan-peraturan penciptaan berbanding puisi Melayu tradsional yang dibincangkan tadi. Oleh itu, susun baris, rangkap, dan rima adalah berdasarkan tujuan penulis atau penyair. Sifat sajak sedemikian adalah untuk memberi kebebasan kepada penulisnya untuk menyampaikan fikiran dan perasaan dengan cara yang sesuai dengan semangat sesuatu zaman. | Lain-lain | 18.05.2010 |