Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tuan, Adakah penggunaan 'rimas' dalam ayat di bawah betul? Jika tidak, apakah perkataan yang boleh digunakan? 1. Ali menunggu kepulangan ibu dengan rimas. Terima kasih. | Penggunaan kata rimas dalam ayat Ali menunggu kepulangan ibu dengan rimas lebih sesuai digantikan dengan gelisah iaitu, Ali menunggu kepulangan ibu dengan gelisah. Kata gelisah membawa maksud tidak tenteram hatinya; berasa khuatir; tidak sabar menunggu. | Tatabahasa | 22.08.2017 |
Apakah terjemahan "rimas" dalam bahasa Inggeris? | Kami mencadangkan "rimas" diterjemahkan sebagai "uneasy", "nervous", "uncomfortable", "troubled" atau "restless". Padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.07.2021 |
perkataan berlawan untuk selesa | Rimas | Makna | 12.09.2007 |
kata lawan bagi selesa | Salam saudari Nora, Lawan bagi perkataan selesa ialah RIMAS | Makna | 17.09.2012 |
|
|