Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah betul penggunaan frasa "hujan ribut"? Atau sepatutnya digunakan "hujan dan ribut"? | Kedua-dua prasa "hujan ribut" dan "hujan dan ribut" boleh digunakan. | Tatabahasa | 09.07.2019 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanya apakah justifikasi bagi penggunaan frasa 'dipukul ribut'? Adakah ayat akan lebih gramatis jika menggunakan 'dilanda ribut/badai' atau 'dipukul ribut' juga dibenarkan? | Untuk makluman, sama ada frasa dipukul ribu atau dilanda ribut/badai, kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa makna yang sama. Tidak ada masalah dari sudut gramatis atau sebaliknya. | Lain-lain | 21.02.2017 |
Bolehkah perkataan aktiviti di gunakan bersama dengan cuaca? Contoh ayat: Aktiviti ribut petir/hujan yang berlaku di Kuala Lumpur dijangka berterusn sehingga lewat petang. | Ribut, petir dan hujan bukan aktiviti. Ayat yang betul, ribut petir dan hujan yang berlaku di Kuala Lumpur dijangka berterusan hingga lewat petang. | Tatabahasa | 12.07.2016 |
kami bergotong-royong membina rumah Pak Ramli semula yang musnah dilanda ribut. Ayat pasifnya bagaimana? | Kami bergotong-royong membina semula rumah Pak Ramli yang musnah dilanda ribut. Rumah Pak Ramli yang musnah dilanda ribut kami bina semula bergotong-royong. | Tatabahasa | 17.11.2016 |
ribut yang "kuat" kata adjektif "kuat" sesuai? | Perkataan "kuat" boleh digunakan untuk menerangkan ribut. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, salah satu maksud "kuat" ialah keras (berat, giat, hebat, erat, lantang, kencang, deras, dll) : angin kuat - angin kencang | Tatabahasa | 05.07.2013 |
Salam sejahtera! Tajuk:Menukarkan Ayat Aktif kepada Ayat Pasif Soalan: Berikut manakah jawapan ayat pasif yang betu bagi ayat aktif yang diberikan? Ayat aktif: Angin ribut telah menerbangkan bumbung zink rumah-rumah di kampung itu malam tadi. Ayat Pasif 1: Bumbung zink rumah-rumah telah diterbangkan oleh angin ribut di kampung itu malam tadi. Ayat Pasif 2: Bumbung zink rumah-rumah di kampung itu telah diterbangkan oleh angin malam tadi. Terima kasih. | Ayat Pasif 2: Bumbung zink rumah-rumah di kampung itu telah diterbangkan oleh angin ribut malam tadi. | Tatabahasa | 17.07.2011 |
Encik, Adakah penggunaan perkataan 'semula' dalam ayat di bawah ini salah? Penduduk kampung bergotong-royong membina semula rumah Pak Mat yang dilanda ribut. Adakah selepas kata kerja transitif 'membina' mesti diikuti objek 'rumah'? Jika salah, sila berikan ayat yang betul dan alasan. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah = Penduduk kampung bergotong-royong membina rumah Pak Mat semula yang dilanda ribut. Perkataan "membina" ialah kata kerja aktif transitif, maka harus menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek. Dalam ayat ini objeknya ialah "rumah Pak Mat". Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 18.06.2008 |
I Rumah itu binasa selepas ribut kencang malam. II Kebahagiaan rumah tangganya binasa akibat daripada sikapnya yang suka berfoya-foya. III Dadah yang bersifat binasa jangan dicuba agar diri kita tidak menanggung kerugian. Iv Bajunya binasa kerana baru sahaja dicuci dengan bahan peluntur warna. Munsyi, penggunaan binasa dalam keempat-empat ayat ini , yang mana satukah yang betul? TK | Binasa bermaksud habis rosak atau hancur sama sekali, atau disebut juga musnah. Dalam bentuk kiasan binasa bermaksud mengalami bencana atau keburukan seperti mendapat kesusahan besar, penyakit, dan lain-lain. Berdasarkan makna tersebut ayat I, II dan IV betul tetapi ayat I dibetulkan menjadi semalam. | Tatabahasa | 08.04.2012 |
Rumah di tepi pantai itu ____ akibat dipukul ribut yang kuat. "tumbang" sesuai dalam ayat ini? atau roboh? | Perkataan yang sesuai ialah "roboh" (Rumah di tepi pantai itu roboh akibat dipukul riut yang kuat.) | Istilah | 05.07.2013 |
Salam. Adakah terjemahan peribahasa Inggeris "A storm in a teacup" ke bahasa Melayu "Ribut secangkir kopi"? | Peribahasa dalam bahasa Melayu yang membawa makna paling hampir untuk peribahasa Inggeris "A storm in a teacup" ialah air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan. | Makna | 07.10.2020 |