| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Apakah perbazaan antara 'rangup' dengan 'garing'? | Rangup ialah mudah pecah; rapuh: biskut yang ~. merangupkan menjadikan rangup: Bahan itu dicampurkan untuk ~ kuih. kerangupan keadaan atau sifat rangup: Biskut itu digemari kerana ~nya. Garing pula ialah agak keras dan kering tetapi rapuh: Biskut itu ~ dan rangup. 2. keras dan telah dimasak lebih lama daripada yang sepatutnya: Ikan itu digoreng terlalu ~ hingga hampir-hampir hangus. | Makna | 29.07.2013 |
| terjemahan "crisp" ialah "rangup". Jika saya ingin menambah imbuhan di hadapan perkataan "rangup" ini, yang membawa maksud "untuk menjadikan sesuatu itu rangup", mana satukah imbuhan yang betul? "perangup" atau "pengrangup" | Istilah “perangup” atau “pengrangup” tidak wujud dalam pembentukan kata dasar rangup. Jika ingin membawa maksud menjadikan makanan rangup, teks yang lebih sesuai ialah “merangupkan”. Contoh ayat, “Bahan ini digunakan untuk merangupkan ayam goreng.” Sementara itu, “kerangupan” juga sesuai untuk digunakan yang membawa maksud hal atau keadaan rangup. Contoh ayat, “Kedai roti tersebut menggunakan ramuan terbaik bagi menambahkan kerangupan biskutnya.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1820. | Tatabahasa | 10.05.2026 |
| Apakah perbezaan antara rangup dan rapuh?keropok udang/ikan/lekor yang rangup atau rapuh? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata "rangup" memberi maksud mudah pecah atau patah, rapuh. Oleh itu, berdasarkan keterangan tersebut, kata "rangup" memberi makna yang sama iaitu "rapuh". Contoh ayat: "Kerepok yang rangup" atau "Kerepok yang rapuh". | Makna | 20.09.2021 |
| Apakah pebezaan rangup antara rapuh? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata "rangup" memberi maksud mudah pecah atau patah, rapuh. Oleh itu, berdasarkan keterangan tersebut, kata "rangup" memberi makna yang sama dengan "rapuh". Contoh ayat: "Kerepok yang rangup" atau "Kerepok yang rapuh". | Tatabahasa | 28.09.2021 |
| Apakah perbezaan antara rangup dengan rapuh? Keropok ikan yang dibeli oleh Shima sangat________dan rasanya sangat sedap. A)rapuh B)rangup C)empuk | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata "rangup" bermaksud mudah pecah atau patah, rapuh. Oleh itu, berdasarkan keterangan tersebut, kata "rangup" memberikan makna yang sama, iaitu "rapuh". Walau bagaimanapun, penggunaan dalam ayat bergantung pada konteks. Jawapan yang tepat ialah B)rangup | Tatabahasa | 28.09.2021 |
| rangup bermaksud mudah pecah (untuk Makanan spt keropok) tetapi rapuh bermaksud mudah pecah dan patah(untuk Bukan Makanan) , Betul? | Pandangan saudara boleh diterima. | Tatabahasa | 29.07.2013 |
| Apakah perbezaan "garing","rapuh"dan"rangup" | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata “garing” bermaksud 1. agak keras dan kering tetapi rapuh: Biskut itu ~ dan rangup. 2. keras dan telah dimasak lebih lama daripada yang sepatutnya: Ikan itu digoreng terlalu ~ hingga hampir-hampir hangus. Rapuh dan rangup memberi maksud mudah pecah atau patah atau rapuh. Oleh itu, berdasarkan keterangan tersebut, kata "rangup" ada persamaan makna dengan “rapuh”. Contoh ayat: "Kerepok yang rangup" atau "Kerepok yang rapuh”. Walau bagaimanapun, penggunaan kata tersebut perlu bersesuaian dengan konteks ayat. Perbezaannya, hanya kata “rapuh” mempunyai perluasan makna kiasan contohnya tidak teguh, tidak kuat, lemah dan lain-lain. | Makna | 10.11.2021 |
| Keropok ikan yang dibeli oleh Shima sangat________dan rasanya sangat sedap. a) rapuh b) empuk c) liat d) rangup | Keropok ikan yang dibeli oleh Shima sangat rangup dan rasanya sangat sedap. d) rangup | Tatabahasa | 21.09.2021 |
| Saya suka akan biskut yang rangup Peter mencuba membuka penutup botol itu Adakah kedua-dua ayat ini betul.. | Ayat yang betul ialah "Saya suka akan biskut yang rangup." dan "Peter cuba membuka penutup botol itu." | Tatabahasa | 23.08.2013 |
| Mengapakah papadom ditakrifkan sebagai sejenis 'keropok' dan bukannya kerepek walhal ramuan utamanya berasaskan nabati (selalunya tepung kacang kuda). Bukankah keropok digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan haiwan seperti keropok udang/ikan/lekor manakala kerepek digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti kerepek pisang/ubi/beras? | Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, keropok ialah makanan yang berkeping-keping yang dibuat daripada adunan tepung dengan ikan atau dengan udang dan lain-lain dan digoreng manakala kerepek ialah ubi kayu, pisang dan sebagainya yang dihiris tipis-tipis, dijemur dan digoreng. Berdasarkan definisi keropok dan kerepek seperti di atas, popadom lebih sesuai dikategorikan sebagai keropok kerana dibuat daripada adunan tepung (tidak semestinya berasaskan haiwan sahaja). | Makna | 19.06.2018 |