Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1) masalah penggunaan bahasa bercampur aduk dalam ranah bahasa rasmi 2) apa maksud promsi istilah natif? 3)apa maksud promosi status bahasa? 4)apa maksud bahasa wilayah/bahasa antarabangsa? 5)apakah perancangan menaik taraf bahasa dalam akta, penjawatan awam, peperiksaan awam, ejaan, sebutan, tatabahsa, an kamus? | Saudara boleh merujuk makalah atau tulisan-tulisan tentang masalah yang dikemukakan dalam majalah,buku tentang perancanagan bahasa dan akhbar tempatan atau rujuk Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu dalam Laman DBP. | Lain-lain | 22.03.2008 |
Adakah penulisan lirik lagu untuk lampiran kertas cakera padat atau kaset rakaman album perlu disemak dan diluluskan oleh pihak Dewan Bahasa & Pustaka sebelum dikeluarkan secara rasmi? Jika ya, apakah caranya atau bentuk dokumen yang diperlukan? Terima Kasih. | Lirik lagu tidak perlu melalui proses semakan DBP. Karya seni termasuklah lirik lagu merupakan ranah yang digemari ramai dan dapat mempopularkan sesuatu bahasa dengan cepat. Oleh itu, lirik lagu yang menggunakan bahasa yang baik dan betul dapat memperkasakan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat. | Lain-lain | 13.04.2012 |
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Muhammad, Puan Fatimah, Saudara Nurmin, Saudari Jamilah, Pak Cik Atan, Bonda Zubaidah dan Anakanda Ardiana. Tepatkah penggunaan huruf besar dalam ayat contoh ini? Terima kasih. | Dalam penulisan rasmi hanya dua sapaan sahaja yang digunakan bagi yang tidak bergelar iaitu Tuan (Encik) dan Puan seperti Tuan Ahmad (Encik Ahmad) dan Puan Jamilah. Sapaan seperti saudara, saudari, bonda, pak cik, makcik dan sebagainya digunakan dalam ranah tidak rasmi atau dalam bahasa percakapan. Walau bagaimanpun jika ada keperluan menggunakan sapaan tersebut dalam urusan rasmi bentuk pengejaan yang diberi betul. | Tatabahasa | 15.05.2012 |
Adakan perkataan 'cakna' telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi dan boleh digunakan dalam penulisan diperingkat peperiksaan awam? | Dalam Kamus Dewan perkataan cakna dilabelkan sebagai dialek Terengganu dan lazimnya penggunaannya lebih banyak ditemukan dalam bahasa percakapan. Walau bagaimanapun dalam pangkalan data kami banyak juga ditemukan judul buku atau makalah yang berkaitan cakna seperti Siri Cakna Bahasa: Antonim dan Siri Cakna Bahasa: Simpulan Bahasa. Berdasarkan dapatan tersebut kita dapati penggunaan kata cakna semakin meluas dan digunakan dalam ranah rasmi. | Istilah | 14.10.2012 |
Tuan, sila rujuk lampiran. Terima Kasih. | Tahniah atas usaha tuan menggunakan Kamus Dewan bagi memastikan penggunaan kata yang baik. Dan sebagai pengguna kamus kita perlu tahu label yang digunakan pada entri kamus. Dalam Kamus Dewan perkataan macho diikuti tanda arah perkataan maco. Maka kita perlu merujuk perkataan di depan tanda arah, iaitu maco. Perkataan "maco" dilabelkan sebagai "bp", iaitu bahasa perckapan. Jika dilihat dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan perkataan macho juga diberi label colloq (colloquial). Kolokial atau bahasa percakapan tidak digunakan dalam konteks rasmi. Dan iklan meruapakan ranah rasmi yang boleh menjadi penanda aras kebakuan bahasa yang digunakan. | Istilah | 27.09.2012 |
|
|