Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Selamat sejahtera, Saya ingin tahu tentang penggunaan istilah/pemilihan kata yang tepat untuk merujuk sumber susu haiwan. Jika merujuk manusia, kita lazimnya menggunakan istilah payudara atau buah dada. Namun, bagaimana pula dengan haiwan? Maniskah jika disebut tetek haiwan? Agak kurang sopan saya rasakan biarpun merujuk haiwan. Mohon pencerahan DBP. Terima kasih. | Kata "tetek" didefinisikan sebagai buah dada; kelenjar susu haiwan (seperti lembu, kambing) yang menyerupai kantung dan mempunyai dua puting atau lebih. Berdasarkan keterangan tersebut kata "tetek" lebih sesuai untuk haiwan. | Makna | 04.10.2021 |
|
|