Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tolong betulkan ayat ini. Parang Puting merujuk pada parang yang tidak dipasangkan hulunya. Betulkah ayat ini? merujuk pada atau kepada? | Ayat yang betul ialah "merujuk kepada" | Tatabahasa | 21.09.2014 |
Salam, Saya memerlukan khidmat nasihat pihak tuan bagi terminologi (Band Saw Machine) dalam bahasa melayu adalah Mesin Gergaji Puting. Adakah betul atau salah. Kerjasama pihak tuan amat saya hargai dan sanjungi. sekian, terima kasih. | Band saw ialah gergaji gelung, machine band saw diterjemahkan kepada mesin gergaji gelung. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.10.2016 |
Selamat sejahtera, Saya ingin tahu tentang penggunaan istilah/pemilihan kata yang tepat untuk merujuk sumber susu haiwan. Jika merujuk manusia, kita lazimnya menggunakan istilah payudara atau buah dada. Namun, bagaimana pula dengan haiwan? Maniskah jika disebut tetek haiwan? Agak kurang sopan saya rasakan biarpun merujuk haiwan. Mohon pencerahan DBP. Terima kasih. | Kata "tetek" didefinisikan sebagai buah dada; kelenjar susu haiwan (seperti lembu, kambing) yang menyerupai kantung dan mempunyai dua puting atau lebih. Berdasarkan keterangan tersebut kata "tetek" lebih sesuai untuk haiwan. | Makna | 04.10.2021 |
|
Puisi |
---|
|
Baik-baik jaga pedoman, Kapal belayar puting anak; Sudah kembang bunga di taman, Suka hati kumbang yang banyak.
Lihat selanjutnya... |
|