Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
maksud pujian dalam bahasa inggeris. | Dalam bahasa Inggeris, pujian ialah "praise" atau "commendation". | Makna | 10.08.2007 |
Kejayaan pemain badminton menjuarai beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa telah mendapat pujian daripada pelbagai pihak. (apakah kesalahan yang tuan temukan ?, buku kata menjuarai salah, tetapi saya agak susah untuk memahami) | Ayat itu adalah gramatis. Menjuarai bermaksud menjadi juara dan boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 24.07.2011 |
wah /amboi ,comelnya kucing awak!wah /amboi , kayanya pemilik banglo itu!kedua-dua soalan ini mana satu jawapan baru betul?wah atau amboi?terima kasih | Kedua-dua ayat tersebut betul. Wah menunjukkan rasa kagum, manakala amboi menunjukkan pujian. | Tatabahasa | 11.07.2009 |
Saya bercadang utk menyambung pelajaran di peringkat phd. Tesis yg menjadi pilihan adalah "pantang larang masyarakat melayu; sejauh mana kebenarannya". Ada ke tidak artikel2 yang berkaitan @ tesis yg telah dilakukan sebelum ini. | 1. Terlebih dahulu saya ingin memberi pujian atas hasrat sdr untuk menyambung pelajaran di peringkat phd. Berkaitan dengan pertanyaan sdr sejauh manakah kebenaran isu berkaitan tajuk yang dicadangkan, sebenarnya itulah perkara penting yang perlu sdr kaji semasa menjalankan proses kajian tersebut dengan mengemukakan bukti-bukti daripada literatur yang telah diterbitkan dan juga yang tidak diterbitkan, juga daripada hasil soal selidik yang dilakukan sepanjang pengajian. Tentu banyak nanti isu-isu yang penting timbul daripada kajian tersebut. Pada masa itu baru sdr boleh putuskan sama ada benar atau tidak. Phd mendidik kita berfikiran kritis, tidak menerima sesuatu bulat-bulat . Melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut (seperti buruk dan baik). 2. Artikel yang berkaitan - di peringkat phd pelajar seharusnya boleh bekerja sendiri, memberi motivasi kepada diri sendiri dan juga mengatur kerja-kerja sendiri dengan tersusun oleh itu saya cadangkan sdr mendapatkan rujukan sendiri yang sesuai dengan tujuan kajian yang hendak dilakukan. Seterusnya nanti daripada rujukan yang berkaitan sdr dapat tentukan sama ada kajian tersebut telah dilakukan atau belum jika belum tiada masalah dan jika telah ada kajian mungkin sdr kaji pula daripada sudut lain. Yang penting kajian tersebut mestilah asli, menyumbang kepada pengetahuan yang baru. sekian | Lain-lain | 24.05.2010 |
Maksud lansung | Langsung bermaksud 1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas, terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun, sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh menolong orang; kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi: kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunangan mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran, dll): ~ dr sasaran; | Lain-lain | 04.08.2010 |
sejauh mana penggunaan bahasa melayu baku dalam media massa di malaysia? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, baku bermaksud bukan sesuatu yg diterima umum sbg betul dan sah (bentuknya, sifatnya, dll) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk dsb yg lain (bkn bahasa, sebutan, ejaan, dsb), standard: bahasa Melayu ~; sebutan ~ bahasa Melayu. Dalam media elektronik seperti televisyen, bahasa Melayu aku aspek sebutan diberi penekanan. Media cetak pula memberi penekanan kepada aspek ejaan, tatabahasa, struktur ayat, tanda baca dan lain-lain. Untuk pengetahuan tuan/puan, kami di DBP memantau semua program di media elektronik dan juga media cetak bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul dari semasa ke semasa. Pegawai yang menjalankan pemantauan akan membuat surat teguran atau surat pujian jika menggunakan bahasa Melayu yang betul. Untuk keterangan lanjut, tuan/puan boleh merujuk buku-buku atau laman sesawang yang berkaitan untuk merujuk tentang penggunaan bahasa Melayu baku dalam media massa. Harap maklum. | Lain-lain | 26.07.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata pujian |
|
|