Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. Saya potong kuku dengan pemotong kuku. 2. saya memotong kuku dengan pemotong kuku. mana satukah yang betul? | Ayat yang gramatis ialah "Saya memotong kuku menggunakan/dengan pemotong kuku" | Tatabahasa | 20.05.2013 |
dialek kata-kata bersinonim dengan kata 'bawa' dan Kata 'potong' | Sinonim kata bawa = angkut, pikul, dukung, junjung, jinjing, jinjit, bimbit, kendong, galas, tanggung, angkat, usung (penggunaannya bergantung pada konteks ayat) Sinonim kata potong = kerat, penggal, hiris (penggunaannya bergantung pada konteks ayat) | Istilah | 05.04.2009 |
soalan 1 Apakah beza antara kerat, potong,belah,cencang,cincang,rambah,cantas,memangkas bolehkah terangkan satu persatu. soalan 2 Adakah ayat ini betul. a)Dia tengah sedap melayan rancangan televisyen b)Di jalan mana kemalangan itu berlaku,Pak Mat? c)Anas sudah boleh bertutur dengan jelas. d)Jambatan yang roboh itu sudah di bina semula. e)"Makanlah nasi itu,nanti dingin pula,"kata ibu. | 1. Kerat sama makna dengan potong atau penggal. Belah bermaksud pecad dua atau tiga dan sebagainya. Cincang sama dengan cencang, iaitu tetak kecil-kecil atau halus-halus. Rambah bermaksud menebas atau menebang. Cantas sama dengan memangkas, iaitu memancung hujung dahan. 2. Ayat c, d dan e betul, walau bagaimanpun sila betulkan ejaan dibina (dalam ayat d). | Sastera | 03.07.2012 |
apakah perbezaan antara digraf dan konsonan bergabung? perkataan seperti kh, gh, ng, ny dan sy ialah digraf. jadi, perkataan seperti krim, drama, skor, klinik ialah konsonan bergabung. bagaimanakah pula dengan perkataan pisang, potong, kacang? terima kasih atas keprihatinan tuan menjawab soalan saya. | Perkataan ng dalam pisang, potong dan kacang merupakan digraf. | Tatabahasa | 26.06.2013 |
CUT AND BEND BARS | POTONG DAN BENGKOK BAR | Istilah | 21.01.2011 |
A. dua baris ayat yg tidak gramatis dalam karangan ini. B. dua potong ayat yg tidak gramatis dalam karangan ini. yang manakah betul? apakah perbezaan bagi "sebaris ayat" dan "sepotong ayat"? Terima kasih. | Sebaris ayat lazimnya digunakan bagi menggambarkan deretan ayat dalam baris yang sama, manakala sepotong ayat bermaksud potongan ayat yang diambil sebahagian daripada keseluruhan ayat. | Tatabahasa | 06.01.2013 |
Apakah kelemahan dan kebaikan sebutan baku ? | Encik Hazmi, Maaf terlewat menjawab soalan ini. Pada tarikh tersebut komputer saya buat hal tak boleh nak potong dan tampal. 1. Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. 2.Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. 3. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dua jenis sebutan ini, sila rujuk buku-buku yang berkenaan. | Tatabahasa | 14.06.2010 |
1. sila beritahu nama bahasa malaysia bagi bentuk Oval dan Oblong. Nama bujur sesuai digunakan untuk bentuk apa? 2. diamond shape- dipanggil sebagai apa? nama bentuk intan boleh digunakan? | Encik Logeswari, Oval diterjemahkan sebagai bujur. Oblong sebagai segi empat panjang. Diamond shaped ialah potong wajik bukan bentuk intan. | Istilah | 25.06.2010 |
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih atas jawapan soalan-soalan yang lalu. Apakah pandangan DBP tentang penggunaan penjodoh bilangan untuk perkataan, ayat, sajak, cerpen, karangan, esei, dan fikiran? Contoh: sebuah perkataan, sebuah sajak dan sebuah fikiran. Wassalam. | Penjodoh bilangan bagi perkataan ialah patah perkataan, bagi sajak ialah buah, potong, rangkap atau bait bergantung pada bentuk sajak. Manakala bagi fikiran ialah sesuatu fikiran. Namun bukan semua perkara atau benda memerlukan penjodoh bilangan terutamanya perkara yang abstrak seperti fikiran, pendapat dan sebagainya. | Lain-lain | 28.01.2009 |
Bolehkan perkataan tetas digunakan untuk maksud "memutuskan tali". Jika tidak, apakah cadangan perkataan yang sesuai untuk digunakan? | Antara maksud tetas, menetas ialah memotong benang pada jahitan dan lain-lain supaya terbuka dan tali tidaklah digunakan dalam kerja jahit-menjahit atau seumpamanya, oleh itu perkataan tetas tidak sesuai digunakan untuk maksud memutuskan tali. Saya cadangkan saudara menggunakan perkataan yang lebih umum maksudnya seperti potong. | Tatabahasa | 15.12.2009 |
|
Puisi |
---|
|
Potong ara potong kelapa, Potong mari belakang mati; Mabuk arak tidak mengapa, Mabukkan janda membawa mati.
Lihat selanjutnya... |
|