Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Pembangunan di kawasan tersebut begitu pesat sekali sejak akhir-akhir ini. Apakah kesalahan dalam ayat ini? | Tiada kesalahan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 04.08.2013 |
Assalamualaikum, Saya ingin minta nasihat terjemahan paling tepat untuk ungkapan 'Going Viral' (dalam konteks penyebaran idea, perkataan, imej dan bunyi dalam era digital). Bolehkah saya terjemah ungkapan 'Going Viral' sebagai 'Penyebaran Pesat'? Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "going viral". Oleh itu, puan boleh menggunakan istilah penyebaran pesat sekiranya sesuai dengan konsep dan konteks penggunaan. | Istilah | 01.04.2013 |
bagaimanakah bahasa asing mempengaruhi perkembagan bahasa melayu, khususnya di sekolah-sekolah di malaysia? | Bahasa Melayu seperti bahasa moden yang lain tidak terlepas menerima pengaruh daripada bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu dututurkan oleh ratusan juta manusia daripada pelbagai etnik dan bangsa sudah pasti pesat berkembang dan dalam proses tersebut sedikit sebanyak turut dipengaruhi oleh bahasa-bahasa lain. Soalan saudara sebenarnya terlalu luas untuk dibincangkan dalam wahana yang sebegini dan memerlukan kajian dan pembacaan yang banyak. Oleh itu, kami sarankan saudara merujuk makalah atau buku yang berkaitan dengan tajuk tersebut. | Lain-lain | 28.11.2009 |
apakah tatabahasa struktural? | Terdapat dua pengertian utama: Pada satu segi istilah ini bermaksud pendekatan analisis bahasa yang memberikan perhatian yang eksplisit kepada kepada pelbagai unsur bahasa sebagai struktur dan system ( Harimurti 1982 ). Dari segi yang lain pula istilah struktural dikatkan dengan pendekatan-pendekatan yang berkembang pesat di Eropah dan Amerika Syarikat., masing- masing dikenali dengan ciri-cir tersendiri. Dua aliran yang terkemuka ialah aliran Prague di Eropah dan aliran Deskritif di Amerika. Tatabahasa struktur Tatabahasa sturtur juga disebut tb. Formal, tetapi pengertian tb formal itu di masa yang terakhir-akhir ini telah dipecahkan kepada dua iaitu tb formal struktur dan tb formal tranformasi generatif mengimbangi bentuk dan makna. | Tatabahasa | 27.07.2006 |
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN GLOTALISASI DAN CONTOH-CONTOHNYA | Puan, Makna globalisasi ialah proses yg membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dgn adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dsb: dlm era ~ sekarang ini, kita lebih terdedah kpd pengaruh budaya luar; kesan pertama ~ ialah perkembangan pesat pasaran kewangan dunia;mengglobalisasikan menyebarkan atau memperluas sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) ke peringkat global: matlamat seterusnya adalah utk ~ perniagaannya ke tahap antarabangsa; komitmen yg padu itu akan menyemarakkan lagi perjuangan ~ bahasa dan budaya Melayu pd tahap yg sewajarnya. | Makna | 11.08.2010 |
Adakah kosa kata bahasa melayu kurang dari segi istilah ekonomi menyebabkan penggunaan bahasa Inggeris diutamakan dalam urusan perniagaan? | Untuk makluman tuan terdapat sejumlah 36,351 istilah dalam bidang ekonomi khusus tidak termasuk istilah yang berkaitan dengan bidang ekonomi seperti kewangan. JUmlah tersebut bukanlah satu jumlah yang kecil untuk menidakkan penggunaannya dalam bidang ekonomi kerana pengguna mempunyai pelbagai pilihan istilah bergantung pada konteks penggunaannya. Apa yang berlaku berkemungkinana pengguna tidak mengetahui istilah yang ada dan kami juga tidak menafikan perkembangan dunia global yang pesat membangun terutamanya dalam bidang ekonomi memungkinkan pelbagai istilah baharu dicipta dalam bahasa sumber (bahasa Inggeris) yang belum ada padanan dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 14.08.2013 |
Soalan yang pertama ingin diajukan adalah tentang Definisi sosiobudaya masyarakat melayu, cina, india dan lain-lain Soalan yang kedua adalah Definisi permainan dari segi permainan pada masa lapang, permainan sebagai hiburan serta kepentingan permainan | | Berdasarkan kamus Dewan Edisi Keempat, sosiobudaya boleh ditakrifkan sebagai hubungan masyarakat dgn budaya (spt cara hidup, adat istiadat, dll): Contoh ayat: Malaysia mengalami perkembangan pesat dlm ~, ekonomi, dsb. Permainan pula ditakrifkan sebagai 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan bermain. Saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mengunjungi mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk membuat kajian kerana pertanyaan saudara memerlukan penyelidikan yang terperinci. | |
| Lain-lain | 22.02.2009 |
Saya ingin bertanya. i) adakah perkataan MEMICU wujud dlm bahasa kita? ii) adakah maksud MEMICU sama erti dengan MEMACU? iii) apakah maksud sebenar MEMICU dan bagaimana penggunaannya? | Memicu ialah kata terbitan daripada picu iaitu pemetik (pistol, senapang, dan lain-lain); memicu ialah menarik atau memetik picu pistol, senapang dsb. memacu dari kata dasar pacu membawa makna yang berbeza iaitu 1. menggesa (kuda) dgn menusukkan pacu supaya berlari deras: maka Arung Lenga pun ~ kudanya; 2. ki melarikan deras-deras (kereta dll): dipacunya motosikalnya dgn laju; 3. = memacukan memperlumbakan; 4. menggerakkan sesuatu kegiatan (ekonomi, pembangunan dsb) dgn lebih cepat atau pesat. oleh itu memicu dan memacu adalah kata terbitanyang membawa makna berbeza. | Tatabahasa | 05.02.2008 |
Mohon diberi penerangan tentang penggunaan frasa dalam ayat yang ditulis dalam akhbar tempatan. | Terdapat banyak kesalahan dalam ayat contoh yang diberikan termasuklah pemilihan kata yang tidak sesuai, ejaan yang salah penggunaan kata terbitan yang tidak betul, penggunaan kata sendi nama yang tidak betul, penggunaan kata tanya dalam ayat penyata dan ayat tidak lengkap. Contohnya dalam ayat 1: Sebagai sebuah negara yang muda, Malaysia mengambil langkah besar dalam mencapai kemajuan serta kemakmuran. Penggunaan kata muda dan besar tidak tepat dari segi semantik (rujuk kamus untuk melihat makna ayat), begitu juga dengan penggunaan kata sendi nama dalam tidak sesuai dengan konteks ayat. Ayat tersebut boleh dibaiki menjadi Sebagai sebuah negara yang pesat berkembang pemimpin Malaysia mengambil langkah berani demi kemajuan dan kemakmuran negara. Begitu juga dengan ayat 2: Menurut Dr. Leong, kanak-kanak belajar dengan cara bermain dan mendapat kepandaian dan keupayaan baru. Sebab itulah penting bagi menggalakkan mereka buat apa yang mereka mahu serta mencuba sesuatu benda atau perkara baru. Ayat ini boleh dibaiki menjadi Menurut Dr. Leong, kanak-kanak belajar dengan cara bermain dan berusaha mendapat kepandaian dan keupayaan baharu. Sebab itulah penting bagi ibu bapa menggalakkan mereka membuat apa yang mereka mahu serta mencuba sesuatu benda atau perkara baharu. Untuk ayat 3 - 11 sila analisis dengan merujuk buku tatabahasa dan kamus. | Tatabahasa | 09.10.2012 |