Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
permulaan ayat membuat karangan, perkataan mana yang tidak boleh digunakan? | Tidak ada satu terbitan khusus yang membicarakan tentang perkataan yang tidak boleh ada pada pangkal ayat. Untuk menghasilkan binaan ayat yang baik sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, lihat Bab Ayat. Ayat mengandungi subjek dan predikat dan dalam bentuk ayat biasa subjek berada di pangkal ayat. Subjek terdiri daripada Kata Nama/Frasa Nama. Oleh itu, semua kata nama boleh menjadi subjek atau dan berada pada pangkal ayat. Dan penanda wacana juga boleh berada pada pangkal ayat. | Tatabahasa | 23.09.2012 |
salam, boleh tidak menggunanakan perkataan "antara" pada permulaan ayat? | Antara boleh hadir pada permulaan ayat. Walau bagaimanpun saudara perlu berhati-hati apabila menggunakan perkataan antara pada permulaan ayat, tidak boleh diikuti oleh kata ganda seperti Antara isu-isu yang dibincangkan..., sebaliknya yang betul ialah Antara isu yang dibincangkan.... | Tatabahasa | 02.03.2012 |
cuma nak kepastian. perkataan "untuk" boleh ke digunakan sebagai permulaan ayat?. 'dengan itu' boleh ke digunakan di permulaan ayat? | Kata "untuk" dan "dengan itu" boleh digunakan pada permulaan ayat dalam konteks ayat songsang, iaitu apabila susunan frasa predikat mendahului frasa subjek. Untuk keterangan lanjut, saudari boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. | Tatabahasa | 14.11.2006 |
saya ingin tahu tentang penggunaan huruf besar di tempat yang betul di dalam ayat. | Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya. | Tatabahasa | 24.03.2013 |
Saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar di tempat yang betul di dalam ayat | Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya. | Tatabahasa | 24.03.2013 |
Saya ingin mendapatkan panduan untuk bertanya tentang penggunaan huruf besar di tempat sesuai di dalam ayat. | Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebaginya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya. | Tatabahasa | 24.03.2013 |
bolehkah permulaan ayat dimulakan dengan perkataan (yang) | 1. Perkataan 'yang' bermaksud kata penghubung utk menyatakan bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan. Oleh itu, 'yang' merupakan kata relatif yang lazimnya hadir di dalam ayat dan bukannya pada pangkal ayat. | Tatabahasa | 14.08.2007 |
saya ingin bertanya satu soalan, bolehkah pada permulaan perenggan ditulis...'Berdasarkan novel yang... perkataan berdasarkan sebagai permulaan perkataannya. terima kasih | Perkataan berdasarkan boleh digunakan pada pangkal ayat bergantung pada ayat yang digunakan. Contohnya "Berdasarkan data yang kami peroleh ...". | Tatabahasa | 30.10.2012 |
salam, boleh tak gunakan perkataan "atau " pada permulaan ayat? | Perkataan "atau" tidak boleh digunakan pada permulaan ayat. "Atau" ialah kata hubung dan jenis kata ini menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Contohnya: Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak. | Tatabahasa | 28.02.2012 |
Bagi buku teks BM Tahun 3 SJKC, didapati permulaan setiap perenggan pertama suatu petikan tidak dijarakkan sedikit tetapi permulaan perenggan kedua dan berikutnyanya dijarakan pula. Adakah ini format baharu untuk petikan atau karangan? | Perenggan pertama ialah perenggan konsep, mengandungi ayat tesis atau idea utama kepada subidea. Perenggan konsep (perenggan pertama) mesti santak kiri untuk membezakannya dengan perenggan fizikal, iaitu idea-idea sokongan kepada idea utama. | Lain-lain | 02.10.2006 |