Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hulu malang pangkal celaka.

Takrif

Permulaan segala bencana.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bolehkan digabus sebelum diasah?

Takrif

Sesuatu pelajaran hendaklah dimulai dari permulaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berbilang dari esa, mengaji dari alif.

Takrif

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kelarai sesat taja.

Takrif

Sesuatu pekerjaan yang sudah salah dari permulaannya. kelarai = corak anyaman; taja = permulaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal.

Takrif

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbilang dari esa, mengaji dari alif).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,