| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Saya ingin bertanya, bolehkah DBP mencadangkan kata ganti nama untuk situasi berikut? 1. Permaisuri kepada Raja. (Patik/beta?) 2. Permaisuri kepada Putera. (Bonda/beta?) 3. Putera kepada Permaisuri. (Anakanda/patik/beta?) | Kata ganti yang sesuai digunakan: 1. Permaisuri kepada raja = Untuk makluman, data bagi kata ganti nama diri bagi permaisuri kepada raja, tidak terdapat dalam simpanan kami. Sungguhpun begitu, dalam karya-karya klasik terbitan DBP, kata ganti yang digunakan ialan adinda. 2. Permaisuri kepada putera = bonda 3. Putera kepada permaisuri = anakanda
| Istilah | 19.11.2016 |
| " Segala titah permaisuri akan ____ laksanakan dengan segera," sembah dayang istana. A. baginda B. hamba C. patik D. beta Apakah jawapan yang sesuai ? Mengapa? | Jawapan yang paling sesuai ialah "patik" kerana "patik" memang khas sebagai kata ganti nama diri pertama apabila berkata-kata dengan raja. | Istilah | 12.03.2018 |
| Apakah terjemahan dalam bahasa Inggeris yang sebetulnya bagi setiap satu rujukan hormat berikut; KDYMM/DYMM, KDYTM/DYTM, DYAM, YTM, YAM, dan YM? Queen consort dalam bahasa Melayu ialah Permaisuri atau Raja Permaisuri sebenarnya? Apakah gelaran yang setaraf dengan Lord/Lady dan Sir/Dame secara terperincinya? Bagaimanakah cara penulisan rujukan hormat dan gelaran diraja yang betul? 1. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah 2. Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor? Gelaran Princess Royal bolehkah diterjemahkan sebagai Puteri Diraja? (cth. Anne, Princess Royal) Apakah terjemahan bagi Royal Consort? Adakah Suri Diraja? Bagaimanakah cara/protokol yang betul bagi merujuk sultan/raja yang telah turun takhta? Bolehkah kita guna gelaran Raja/Sultan Emeritus, atau sekadar mantan/bekas Sultan? | Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Bagi mendapatkan perkhidmatan penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.03.2025 |
| "Mengapakah permaisuri bersedih? Katakanlah kepada ...............," kata Dayang Suri kepada Permaisuri Ratna Devi. Jawapan: A. Beta B. hamba C. patik D. tuan hamba | Encik Tony, Jawapan bagi pertanyaan tersebut ialah C. patik. | Tatabahasa | 22.06.2010 |
| Permaisuri sedang bersantap bersama keluarga ............., kata inang kepada memanda menteri. Apakah jawapan nya baginda atau tuanku? | Permaisuri sedang bersantap bersama keluarga baginda, kata inang kepada memanda menteri. | Tatabahasa | 13.09.2011 |
| "Projek al-Quran ini telah dirasmikan pelancarannya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong" Adakah ayat ini gramatis? | Ayat yang betul ialah Pelancaran Projek al-Quran ini telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. | Tatabahasa | 22.02.2021 |
| Saya ingin memohon semakan bagi ucapan hari kelahiran Kebawah Duli Yang Maha Mulia SULTANAH Kedah. Adakah penggunaan ucapan "Selamat Menyambut Hari Keputeraan" sesuai digunakan kepada SULTANAH atau "Selamat Ulangtahun Kelahiran"? Terima kasih. | Berdasarkan carian kami di Internet menemukan ucapan hari keputeraan buat Raja Permaisuri Agong dan Raja Permaisuri Johor, namun tidak menemukan ucapan hari keputeraan buat Sultanah Kedah. Berdasarkan contoh yang ada ungkapan yang betul ialah "Selamat Menyambut Hari Keputeraan". | Lain-lain | 13.04.2022 |
| Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang kata ganti nama diri bagi kerabat diraja. Jika ayahanda/bonda dan anakanda digunakan untuk perbualan antara raja/permaisuri dengan putera/puteri, apakah kata ganti nama diri yang sesuai bagi raja/permaisuri dengan anak saudaranya? Adakah "pak cik" dan "mak cik" sesuai digunakan? | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, pak cik dan mak cik merupakan panggilan kekeluargaan bapa saudara dan ibu saudara tanpa ada pengkhususan status keluarga. Pihak DBP tiada panduan atau tetapan untuk ganti nama gelaran kerabat diraja. Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh merujuk pihak istana. | Lain-lain | 18.04.2026 |
| Apakah maksud terasul? Adakah ia bermaksud gabungan rujukan kehormat (DYMM, YAM dll) dan gelaran (Sultan, Tengku)? Apakah perbezaan kerabat damping dan kerabat diraja? Kenapa gelaran Permaisuri (dan gelaran isteri sultan-sultan) tidak diterjemahkan kepada Queen dalam bahasa Inggeris, sebaliknya gelaran ini dikekalkan dalam Melayu sahaja (cth. Tengku Permaisuri of Selangor), tetapi gelaran Raja Isteri di Brunei diterjemah kepada Queen? | Data istilah menunjukkan terasul ialah kitab panduan untuk menulis surat kiraman Melayu. Kitab ini menyediakan prinsip asas seni surat-menyurat Melayu, khususnya surat rasmi istana. Secara umumnya makna kerabat damping dan kerabat diraja ialah anggota keluarga diraja yang secara langsung mempunyai pertalian darah dengan raja/sultan. Perbezaan utamanya ialah kerabat damping merujuk kepada individu atau keluarga yang tidak berada dalam barisan utama pewarisan takhta. Untuk rujukan yang lebih rinci tuan disarankan mendapatkan sumber langsung yang sedang berkuat kuasa. Tentang terjemahan Queen bagi Permaisuri mana-mana raja boleh dikekalkan untuk penggunaan/laras umum. | Makna | 16.03.2025 |
| "Tolong sampaikan kepada_______bahawa cucunda Tengku Azman tiba-tiba jatuh gering," titah permaisuri kepada pengasuhnya. a. Beta b. Tuanku c. Baginda d. Beliau apakah jawapan bagi soalan ini? Sila beri penjelasan. Terima kasih. | "Tolong sampaikan kepada beliau bahawa cucunda Tengku Azman tiba-tiba jatuh gering," titah permaisuri kepada pengasuhnya. Tengku Azman bukanlah seorang raja atau sultan, maka kata ganti nama diri ketiga yang betul ialah beliau. | Tatabahasa | 28.04.2014 |