Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. adakah penggunaan perkataan BIKIN di benarkan dalam bahasa iklan contoh ayat " poket selamat, wangian hebat bikin orang terpikat" 2. mohon mendapatkan garispanduan penggunaan bahasa dalam iklan | Bikin ialah bahasa percakapan dan penggunaan bahasa percakapan dalam konteks rasmi (termasuk iklan) tidak dibenarkan. Iklan untuk paparan awam mesti menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul serta menggambarkan citra Malaysia. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Garis panduan menamai syarikat, bangunan, kawasan perumahan, tempat awam dan jalan, terbitan DBP. | Tatabahasa | 15.11.2011 |
Apakah ciri atau sifat bahasa lisan? | Bahasa lisan atau bahasa percakapan merupakan bahasa yang digunakan dalam percakapan semasa berkomunikasi. Bahasa lisan lebih bersifat tidak formal. Lisan bermaksud sesuatu yang diucapkan(tidak ditulis). | Tatabahasa | 19.07.2007 |
Apakah ciri atau fungsi bahasa lisan? | Bahasa lisan atau bahasa percakapan merupakan bahasa yang digunakan dalam percakapan dan lebih bersifat tidak formal. Lisan bermaksud sesuatu yang diucapkan (tidak bertulis). | Tatabahasa | 19.07.2007 |
apakah perbezaan antara perkataan laman dengan halaman?Adakah kedua-dua perkataan itu terdiri daripada kata dasar yang sama iaitu halaman? | Laman ialah bahasa percakapan kepada perkataan halaman. Bahasa percakapan tidak diterima dalam penulisan formal. Bagaimanapun, dalam istilah bahasa Melayu, laman diterima. Contohnya laman web. | Makna | 15.10.2008 |
Dalam percakapan seharian, terdapat ungkapan " saya tak kesah" (e taring), yang bermaksud "saya tak ambil hati". tetapi saya tidak dapat mencari ejaan yang betul bagi "kesah" dalam kamus. Saya telah merujuk kepada entri "kisah" dan "kesah" tetapi kedua-dua entri tidak menunjukkan maksud berkenaan. Apakah ejaan sebenar bagi perkataan ini? | Ejaan yang betul bagi bahasa percakapan tersebut ialah "saya tidak kisah" (tetapi disebut kesah). Walau bagaimanapun tidak ada data dalam sumber rujukan kami tentang ungkapan berkenaan. | Tatabahasa | 01.09.2012 |
Apakah perbezaan bahasa kolokial dan bahasa slanga? | Bahasa kolokial ialah bahasa yang bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku) manakala bahasa slanga ialah bahasa yang menggunakan kata-kata (ungkapan dsb) yg tidak tergolong dlm bahasa baku (biasa digunakan dlm percakapan tidak rasmi). | Makna | 18.01.2007 |
apa itu keutuhan wacana? | Keutuhan bermaksud perihal (sifat, keadaan) utuh, kebulatan, kesempurnaan dan wacana bermaksud keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Keutuhan wacana boleh dikatakan sebagai kesempurnaan keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. | Makna | 27.02.2007 |
Tuan, Saya merujuk percakapan telefon antara saya dan Pn Rohayu, DBP. Saya ingin mendapatkan pengesahan bagi nama rasmi bangunan tambahan Mahkamah Shah Alam. Untuk pengetahuan tuan, nama bangunan utama "Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul AzizShah" Kemuskilan kami adalah untuk menamakan bangunan tambahan ini. Nama cadangan kami "Bangunan Tambahan Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah." Namun Dato Ketua Pendaftar Mah Persekutuan mengarahkan saya merujuk DBP untuk pengesahan. Tindakan awal didahului dengan ribuan terima kasih | Cadangan DBP ialah Bangunan Tambahan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. | Lain-lain | 04.04.2011 |
Assalamualaikum.... Saya ialah seorang pelajar STPM yang mengambil subjek Bahasa Melayu. Saya ingin tahu tentang penggunaan 'bahasa percakapan' (bp). Bolehkah perkataan daripada bp digunakan untuk membuat karangan Bahasa Melayu? Ini kerana, bp tidak boleh digunakan dalam urusan rasmi. Adakah ini bermaksud membina karangan juga termasuk dalam urusan rasmi? Contohnya, perkataan 'bajet' ialah bp dan perkataan ini tidak boleh digunakan dalam urusan rasmi. Oleh itu, perkataan 'bajet' perlu digantikan dengan perkataan 'belanjawan'. Adakah pengggunaan kata 'bajet' dalam karangan dikira sebagai kesalahan bahasa? | Dalam situasi rasmi (termasuklah untuk tujuan peperiksaan) bahasa percakapan tidak digunakan, yang digunakan hanyalah bahasa yang baku, betul dan santun. Dalam Kamus Dewan, kata bajet ditanda sebagai bahasa percapakan, oleh itu penggunaannya hendaklah digantikan dengan kata belanjawan untuk konteks rasmi. | Lain-lain | 27.06.2008 |
INGIN MENGETAHUI BAHASA DAN PERCAKAPAN MELAYU RAWA DI MALAYSIA? | Sdr. boleh merujuk kepada artikel berjudul "Satu tinjauan ringkas tentang fonologi dialek Rawa tulisan Mohd. Tajudin Noordin dalam majalah Dewan Bahasa jil. 19 bil 2 (Feb.) 1975 yang membincangkan dialek Rawa di Gopeng, Perak. | Lain-lain | 01.08.2007 |