Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
perbuatan membangkitkan kemarahan | Perbuatan yang boleh membangkitkan kemarahan sebenarnya bergantung pada situasi, tindakan dan perbuatan seseorang yang melampau dan boleh menyinggung perasaan pihak lain sehingga pihak tersebut sukar mengawal kemarahan. | Lain-lain | 26.02.2009 |
Perbuatan ini menunjukkan kita seorang yang berbudi bahasa. Adakah penggunaan kita seorang itu betul ? Kita adalah jamak manakala seorang adalah tunggal. | Dalam konteks ayat di atas, "kita" ada yang bermaksud "saya" dan biasanya digunakan dalam bahasa percakapan, oleh itu "kita seorang" bermaksud "saya seorang". | Tatabahasa | 27.07.2007 |
Apakah pengertian Jenayah? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jenayah ialah perbuatan ~ kejahatan (spt mencuri, merompak, membunuh, dll) yg salah di sisi undang-undang, perbuatan salah (di sisi undang-undang), perbuatan kriminil: polis menganggap perkara itu sbg satu perbuatan ~ yg nekad; ~ harta kejahatan yg bersangkutan dgn harta (spt mencuri, merompak, menipu, pecah amanah, dll); ~ kolar putih (perbuatan) jenayah yg dilakukan oleh mereka yg bertugas dlm bidang pengurusan (profesional dsb), biasanya oleh mereka yg berkedudukan penting dlm perkhidmatan awam (syarikat dll); ~ komputer jenayah yg dilakukan dgn menggunakan sistem komputer utk mencuri maklumat atau wang; kesalahan ~ kesalahan kerana melakukan perbuatan jenayah; | Makna | 07.06.2009 |
Ayat berikut yang manakah betul? Perbuatan adalah segala aksi yang dibuat. Perbuatan ialah segala aksi yang dibuat. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih. | Perbuatan ialah segala aksi yang dibuat. | Tatabahasa | 04.01.2012 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat berikut betul? 1 Memanjat pokok ialah perbuatan yang bahaya. 2 Mencuri ialah perbuatan yang bersalah. Terima kasih. | Ayat yang pertama itu betul manakala ayat yang kedua salah. Ayat kedua yang betul ialah Mencuri ialah perbuatan yang salah. | Tatabahasa | 15.06.2012 |
apa maksud penerapan menurut kamus dewan | Makna penerapan ialah perihal (perbuatan dsb) menerap atau memasang (enjin dll), pemasangan (enjin dll); 2. perihal (perbuatan dsb) menerapkan (mengenakan pd, menyerapkan, dsb), perbuatan. | Makna | 04.10.2009 |
Setiap perbuatan yang _____ akan mendapat balasan yang setimpal. "dilakukan oleh mereka" ATAU "dilakukan mereka", yang manakah paling tepat? | Frasa yang tepat ialah dilakukan oleh mereka. | Tatabahasa | 04.07.2013 |
Ayat yang manakah betul? a) Didikan agama dan moral dapat mengelakkan diri kita melakukan perbuatan yang terkutuk. b) Didikan agama dan moral dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan perbuatan yang terkutuk. Terima kasih | Ayat yang gramatis, Didikan agama dan moral dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan perbuatan yang terkutuk. | Tatabahasa | 16.03.2012 |
perbuatan utk kuruskan badan, menguruskan atau mengkuruskan, mana yang betul. terima kasih | Ayat yan betul ialah perbuatan mengursukan badan. | Tatabahasa | 09.07.2010 |
DEFINASI PENCEGAHAN JENAYAH DAN DEFINASI PERUMAHAN BERTINGKAT | Perbuatan jenayah bermaksud hal yang berkaitan dengan perbuatan menegah daripada berlakunya jenayah, manakala perumahan bertingkat dalam konteks umum merujuk kepada tingkat-tingkat yang terdapat dalam projek perumahan yang dibangunkan. Walau bagaimanapun saudara perlu merujuk kepada pihak perbandaran jika hal ini berkaitan dengan sesuatu projek khusus yang dibangunkan oleh pihak tertentu. | Makna | 26.10.2010 |