Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
encik,wah ,comelnya kucing awak!/amboi ,comelnya kucing awak!mana satu betul.dan lain satu soalan ialah wah,kayanya pemilik banglo itu!/amboi,kayanya pemilik banglo itu!mana satu jawapan yang paling sesuai? | Penggunaan kata seru dalam ayat-ayat yang saudara berikan itu betul dan boleh diterima pakai. | Tatabahasa | 11.07.2009 |
Pemilik kedai runcit itu mengehadkan jumlah gula yang dibeli oleh pelanggan-pelanggannya. Tuan, sesuaikah perkataan 'jumlah' digunakan dalam ayat di atas atau ada perkataan lain? terima kasih. | Jumlah lazimnya digunakan untuk barangan yang boleh dilihat secara fizikal seperti sejumlah wang ... dan lagipun gula biasanya disukat mengikut timbangan. Ayat yang betul Pemilik kedai runcit itu mengehadkan dua kilogram gula yang dibeli oleh pelanggan-pelanggannya. | Tatabahasa | 08.06.2012 |
1.a) Amboi,comelnya kucing awak! b)Wah, comelnya kucing awak! Penggunaan ayat seruan manakah yang betul dan tepat? Tolong berikan penjelasan tentang kedua-dua ayat seruan tersebut. 2.a)Amboi,kayanya pemilik banglo itu! b)Wah, kayanya pemilik banglo itu! Penggunaan ayat seruan manakah yang betul dan tepat? Terima kasih | Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 255 menerangkan kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat yang menggunakan kata seru seperti wah dan amboi. Contoh ayat: "Wah, cantiknya baju dia!", dan "Amboi, comelnya bayi itu!". Berdasarkan penerangan dan contoh dalam buku Tatabahasa kedua-dua ayat tersebut jawapannya betul. | Tatabahasa | 13.07.2009 |
JOINT TENANTS | PEMILIK BERSAMA | Istilah | 11.11.2010 |
TENANTS IN COMMON | PEMILIK SESAMA | Istilah | 11.11.2010 |
wah /amboi ,comelnya kucing awak!wah /amboi , kayanya pemilik banglo itu!kedua-dua soalan ini mana satu jawapan baru betul?wah atau amboi?terima kasih | Kedua-dua ayat tersebut betul. Wah menunjukkan rasa kagum, manakala amboi menunjukkan pujian. | Tatabahasa | 11.07.2009 |
Saya ingin menubuhkan persatuan. Cadangan nama persatuan ialah: PERSATUAN PEMILIK APARTMEN TIARA BAY RESORT PORT DICKSON Adakah nama persatuan diatas betul dari segi bahasa, ejaan, nahu dan dll. Terima kasih | Cadangan nama diperakui betul dan mengikut struktur bahasa Melayu. | Lain-lain | 09.03.2011 |
Kemusykilan nama taman-taman perumahan, contohnya Taman Seri Gombak (mengikut daftar asal pemilik projek Hillcrest Sdn Bhd), kini lebih dikenali dengan Taman Sri Gombak (kebanyakan tanda awam dieja sebegini dengan meluas). Menurut Kamus Dewan, kedua-dua perkataan mempunyai perbezaan makna. Mohon pendapat, perbezaan perkataan 'SERI' dan 'SRI', yang manakah lebih sesuai digunakan? | Perkataan yang betul ialah seri yang bermaksud cahaya semarak atau kemuliaan. Tidak ada perkataan sri kecuali dalam gelaran Tan Sri dan Dato' Sri (bagi negeri Pahang). Dalam hal penamaan tempat kita perlu merujuk pihak berkuasa tempatan yang berkaitan kerana nama tempat telah diwartakan sedemikian. | Ejaan | 31.05.2012 |
100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu Assalamualaium wbt Pihak DBP, saya adalah pemilik syarikat Dunia Susu Ibu Enterprise yang berniaga secara online di http://www.duniasusuibu.com/shop/. Jika saya ingin menjual buku terbitan DBP bertajuk "100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu" dan buku lain yang berkaitan penyusuan susu ibu, bagaimana caranya? Terima kasih | Terima kasih atas soalan yang dikemukakan. Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh menghubungi Kedai Buku Koperasi DBP Berhad, Tingkat Bawah Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Pegawai yang bertanggungjawab ialah Encik Mohd Isa bin Khamis. Beliau boleh dihubungi di talian 0123219456. | Lain-lain | 17.04.2012 |
apakah maksud 'juragan' | Maksud juragan merujuk Kamus Dewan 1. nakhoda (kadang-kadang juga pemilik kapal); 2. (Sunda) tuan, puan; 3. Jw pengusaha (terutama batik). | Makna | 12.12.2006 |